Kali ni saya nak share dengan kawan2 tips yang diajar oleh emak saya sendiri. Memang dari dulu emak saya buat macam ni, walaupun dia seorang surirumah sepenuh masa.
Tipsnya mudah untuk menjimatkan masa:
- Pastikan lada kering, bawang besar, bawang putih, kunyit dan juga halia telah siap di blender dan simpan stok dalam peti sejuk. Contoh seperti gambar di bawah.
- Untuk lada yang telah diblender, lebih elok kalau dimasak dulu supaya ia lebih tahan lama. Ini yang emak saya bagitahulah, tapi memang terbukti, ia lebih tahan lama berbanding yang tak dimasak.
- Ikan, ayam, udang atau sotong pun sebenarnya boleh juga di bersihkan lebih awal dan dibekukan. Bila nak masak nanti semuanya dah siap tinggal call sesiapa yang ada di rumah untuk defross kan semula.
- Pastikan juga segala macam bekalan rempah ratus mencukupi sekurang2nya untuk sekali masak. Sekadar ingin berkongsi, tahun lepas saya pernah menghadiri satu kursus mengenai ‘account budgeting’ penceramah menasihati peserta supaya tidak menyimpan terlalu banyak stok si rumah. Ia sebenarnya adalah satu pembaziran. Beli apa yang diperlukan sahaja. Maknanya, tak payah la kita nak jimat masa sampai beli berbungkus serbuk kari yang mana sampai satu masa, tarikh luput ke mana serbuk kari ke mana.
[auto publish]

