Geng Makan & Nyonya Spa Yang Tertipu

Semalam lunch geng2 makan Aien dan Mint ajak ke McD Nusa Bestari. Mak buyung ni mengidam nak makan bubur McD pulak. Biasanya memang hari Jumaat la hari paling sesuai keluar makan dengan diorang. Rehat kan ke dua jam sempatlah kami tukar2 cerita dan lepaskan tekanan kerja.

Ni mak buyung yang mengidam tu hehehe~ Kalau tak due date dia bersalin lebih kurang dengan saya je. Tapi apa nak buatkan rezeki dia, jadi dia je la yang meneruskan perjuangan ibu mengandung.

Walaupun belum membuyung, Mint pun teringin juga nak makan bubur. Suka hati korang la kan. Masa sampai je kat meja tu saya dah ternampak sorang nyonya ni, actually dari semalamnya pun dia ada kat McD ni. Oh ya, masa nak ke klinik sempat juga singgah McD isi perut. Tapi masa semalam dia tak kacau pun orang2 Melayu yang makan. Dia just promote Spa ngok ngek dia tu kat kaum2 dia je. Kali ni dia dah siap2 edarkan flyers kat kitorang. Agak bengang juga la sibuk orang nak makan sibuk dia mengacau. Minta maaf la ya, time nak makan hilang semangat 1 Malaysia sebab perut memang lapar ditahap nak makan nyonya tu pun ada.

Aduhai.. tak habis2 dia duk mengedar flyers Madam Wong ni. Masa kitorang tengah sibuk makan dia tegur la. Dia kata “Nanti i bagi u kad hooo.. nanti u tulis nama n nombor telefon.. uolls keje mane? Keje bank ke?”

Laju saya menjawab.. “Tak lah” dalam hati main petik je si nyonya ni~

Macam ni la muka nyonya tu meraih simpati kami. Haaa hambik ko nyonya, glamour sekejap kat blog saya ni kan.

Mint pun jawab “Kitorang nak makan la auntie”

Dia kata, “Tak pe, nanti sorang kawan u tolong tulis”

Dan jari jemari runcing dia pun tunjuk la ke Aien. Cis~ auntie ni memang tak reti bahasa betullah. Sumbat dengan bubur panas ni kang.

Aien cakap sambil bisik2 kat kitorang.. “Tak pe kak, kita letak nama ngan nombor telefon tipu”

Dengan tak disangka2 kami menjadi bertanduk di hari Jumaat yang mulia. Mula2 dia bagi Aien kad tu dan suruh Aien isi. Si Aien ni nama penuhnya Norain, tapi tulisan dia dah serupa nama “Nordin” nombor telefon adalah nombor tipu belaka. Sampai turn Mint.. dia pun letak nama tipu. Dia letak nama dia “Intan Suraya”. Habis glamour nama ko Mint. Aduhhh.. sampai turn saya, agak pening nak cari nama.. Fikir punya fikir.. sempat lagi fikir tu~

Last2, saya tulis nama saya “Hairani” nombor telefon pun nombor office wihtout extension number. Bila dah siap2 tulis tiba2 teringat, yang kat office ada kakak nama Hairani dari IT Department. Agak2 nyonya ni nak ke call nombor tu ek? Kalau dia call naya, Kak Hairani sure pelik nanti. Ampunkan saya Kak Hairani saya tak sengaja. Nama Kak Hairani memang sedap dibibir saya hari tu hehehe~

Lepas isi kad, kitorang pun bagi la semula kat nyonya tu. Excited semacam nyonya tu dapat future customer konon2nya. Dia panggil nama sorang2. Sekali dia sebut.. “Nordin” terus rasa nak tersembur makanan keluar hahaha sah nyonya ni tak pernah faham nama orang Melayu.

“U tinggal mana?”

“Gelang Patah” jawab Aien.

“U sudah kahwin?”

“Sudah”

“Pernah pergi spa, urut2?”

“Tak pernah” jawapan jujur dari Aien.

“Ok sekarang sign sini”

Aien pun sign le.

Sekejap lepas tu giliran saya.

“Hairani sape?”

Dengan bangganya walau bukan nama sendiri saya mengaku. Soalan yang sama diajukan pada saya. Bila dia tanya pernah urut ke pergi spa saya jawab pernah. Lepas tu entah apa yang dia conteng kat form tu agaknya. Dia suruh saya sign. Saya pun membelek la form tu.

Bila nama tukar Hairani, signature juga harus ada bayang2 nama Hairani hehehe~ Tup2 saya tengok dia tulis ‘Clerk’ of course la tu bahagian pekerjaan kan. Tulisan cino mana nak faham, dulu laoshi ajar yang senang2 je hehe~ Saya ni gatal mulut pergi tegur.

“Auntie.. mana auntie tau kitorang clerk?” tak ada niat lain pun semata2 nak lepaskan diri.

“Bukan hooo.. tadi u punya kawan cakap”

Sekali lagi jari jemari halus mulus lagi runcing dia menunjuk ke Aien.

“Aeh mana ade saya cakap” kata Aien.

“Bukan hoooo.. jadi u keje ape?”

Mulut gatal ni pun menjawab lagi.

“Kitorang cikgu la” hahaha perasan tak sudah. Tanduk keluar semula.

“Sorry hoo.. sorry hoo cikgu..”

Dalam hati saya macam dicuit2 kaki pun tendang menendang kat bawah meja dengan Aien.

Auntie tu terus rasa bersalah. Ingatkan penerangan dia pasal promosi Spa tu tamat kat situ je, kiranya after isi form kami dapat free 1/2 an hour la kat Spa yang dia baru buka tu. Rupanya dia sambung lagi.

“Kalau u cikgu.. ada promosi.. u boleh bayar deposit bla.. bla.. bla.. “ Malas nak dengar. Ingatkan dia dah nak stop, rupanya ditambah lagi point2 bernas untuk melakukan bisnes dia. Menyesal tak sudah menipu mengaku cikgu huhuhu~

Lepas dengar dia semakin galak membebel, kami pun cakaplah dah nak balik ada hal.

“Ok.. hooo cikgu.. nanti kalau u mau datang call same saya hoo cikgu”

Ye la nyonya, kalau cikgu tak ada kelas nanti cikgu datang. Kitorang pun terus keluar dari McD sambil tergelak2. Dalam kereta duk gelak sakan ketawakan si nyonya yang tertipu.

Jangan ikut perangai kami ya, tak baik berdosa. Itu perbuatan semasa terdesak je. Kami bukan kaki penipu harap maklum. Maafkan kami wahai cik nyonya, kami tak ada niat (aeh ye ke?) nak tipu cik nyonya. Tu la siapa suruh kacau kami nak makan. Kan dah kena tipu.

Sesiapa yang teringin nak urut2 tradisional untuk wanita sahaja boleh terjah ke Pusat Kecantikan Wanita Madam Wong di alamat 110A, Jalan NB2 1/4, Taman Nusa Bestari, 81300 Skudai, Johor. Sila cari Auntie Kek. Tak tahulah kek apa, kek lapis ke kek marble ke hehehe~
Apa kes hari ni duk promote Nusa Bestari je ni hehehe~

Sekian kisah geng makan & nyonya spa yang tertipu.

post signature

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *