first of all kena isi form dah tu kena timbang atas benda putih nun. dia yang set up semua tu. masa kena timbang bagai tak sempat le nak snap. dia suruh saya berdiri tegak pandang ke depan. nanti ada pulak aci ni membebel tengok saya bergerak2 ;p
umur metabolik = 40
lemak badan = 34.9% (normal.. tapi tengok kat chart 0.1% lagi nak 35% maknanya dah nak tahap tinggi.. sepatutnya umur 18-39 = 28-34 sahaja)
kepadatan otot = 32.2 (dalam chart tulis -2 -kurang kalsium)
lemak visceral = 4 (9 dan ke bawah masih tahap baik)
kepadatan tulang =1.8 (tak normal ni.. sepatutnya untuk berat 45 ke 60kg = 2.2)
metabolik = 1058 (pun tak normal.. sepatutnya umur 20-40 = 1500-1600)
masalah saya yang pertama, kurang kepadatan tulang. risikonya, osteoperosis yang mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah. dia syorkan ostematrix (produk jualan diorang) dan saya digalakkan untuk banyakkan bersenam.
masalah kedua, metabolik rendah. risikonya, pembakaran kalori kurang berkesan dan kalori bertukar menjadi lemak (patutlah lemak mencanak). dia syorkan family wellness program. saya digalakkan membuat senaman dan memilih makanan yang tinggi khasiatnya.
harap2 saya sedarlah ye lemak yang bakal2 terlebih tu.
nota sihat: marilah mari kita bersenam 😉