Sambungan entri ini.
Cerita saya di Benut, Pontian.
Pengamal perubatan ini adalah seorang wanita yang memainkan dua peranan. Seorang “Doktor” dan seorang lagi dipanggil “Bapak” Mula-mula saya fikirkan ada dua orang rupanya tidak.
Peranan “Bapak” – Merawat pesakit yang diganggu makhluk halus atau sebagainya
Peranan “Doktor” – Merawat semua jenis penyakit
See, ramai sangat orang yang menunggu. Ada yang membawa isteri, suami, anak, emak, ayah yang sakit. Memang terkenal rupanya tempat ini. Kami saja yang tak tahu.
Ada sekali seorang kanak-kanak lalu dan terpijak carpet tu, terus “Doktor” bagi amaran.
“Jangan langgar ubat doktor”
Saya hanya memerhati benda yang tak nampak.
Bila dia bagi ubat, semua hanya pada gerak gaya. Saya masih ingat segala gerak geri “Doktor”. Sampai satu masa dia akan berhenti rehat dan selang beberapa minit diganti dengan “Bapak”.
Bila “Bapak” mengambil alih, dia akan menukar baju dan seluar hitam. Suaranya pun bertukar menjadi suara seorang lelaki Indonesia. Dia akan bertanya masalah pesakit dan akan memberikan ubat yang dimasukkan ke dalam air. Sama macam “Doktor” ubat yang dimasukkan pun kami tak nampak. Dia akan bagi arahan sama ada minum air tersebut atau sapu pada bahagian yang sakit. Tak ramai yang berjumpa “Bapak”. Selesai pesakit terakhir, “Bapak” pun berhenti rehat dan diganti dengan “Doktor” semula.
Tiba giliran emak saya, saya dan Anna menemani emak. (itu yang tak sempat nak snap gambar). Dia tanya emak ada penyakit apa. Dia suruh emak pusing ke belakang. Dia nak check darah emak, dia kata memang ada masalah rahim. Dia bagi injection (tapi saya tak nampak jarum). Dia masukkan ubat dalam air emak. Satu lagi, pantang “Doktor” jangan buka penutup botol sehingga diberi arahan. “Doktor” suruh kami tinggalkan alamat dan datang semula minggu depan.
Sebelum tiba giliran emak, saya dengar perbualan “Doktor” dengan pesakit lain.
“Awak bagi address, nanti malam Selasa specialist datang buat operasi”
Saya saling berpandangan dengan Anna. Kami tersenyum. Bukan nak mentertawakan cuma ada sesuatu yang menggelikan hati. Dalam hati berkata, “uiks.. siap ada specialist ke?”
Waktu operasi Ahad – Isnin & Rabu – Sabtu – 10.30 am – 5.30 pm (too many dash ;p)
Cuti pada hari Selasa.
Saya akan cerita kisah seterusnya untuk rawatan akan datang.