Saya ada satu cerita.
Perkara ni dah lama saya perhatikan. Tapi saya tak pasti, takut tersilap pandang mengundang fitnah.
Sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja, saya akan melalui satu warung yang memang milik orang Melayu. Dari awal Ramadhan saya perhatikan memang warung ni dibuka tiap-tiap pagi dan pagi ni saya nampak warung tu beroperasi seperti biasa (macam bukan bulan Ramadhan)
Apa yang menyedihkan, pelanggan yang datang membeli makanan adalah orang Melayu yang tanpa segan silu membeli “sarapan” di bulan puasa. Kalau tak larat sekali pun dan ada sebab-sebab tertentu rasanya tak perlulah menunjuk-nunjuk macam tu.Hormatilah bulan yang mulia ni.
Kita yang ada reason kukuh untuk tak puasa pun malu nak beli makanan, apa lagi nak makan di khalayak ramai. Kenapalah orang macam tak sedar kan?
Bukan saya nak mengaibkan orang lain tapi itu yang saya nampak kerana pada pemikiran saya perbuatan ni kurang tak manis lebih-lebih lagi di kawasan kampung. Pendapat masing-masing kan walaupun saya tahu di luar sana dah lali dengan kelakuan macam ni,
Apa pula pendapat anda?