Aduh..du..du..

Hari ni dari pagi sampai ke petang rasa sakit perut. Tak tahulah kenapa. Salah makan agaknya.

Dalam sakit perut tu, sempat juga pergi belanja barang-barang dapur di Kip Mat Tampoi. Maklumlah dah hujung bulan, stok barang-barang dapur pun dah berkurangan. Sementara kami bercuti lebih baik belanja awal. Minggu depan nak balik BP. Dah 3 bulan tak balik kampung. Tak jumpa weekend yang sama cuti, itulah masalah kami. Nasib baik MIL sangat memahami.

Hari ni masak pun tak banyak cukup untuk makan tengahari saja. Saya masak udang dan paru-paru goreng. Sekali ngappp je tadi.

Malam ni plan nak tapaw KFC ;p Sambil tengok tv sambil makan KFC. hehehe~ tapi En. Nazir dah khayal tengok tv ada badminton tournament. Saya pun apa lagi ambil kesempatan menjengah blog. Yang tensionnya sekarang ni, coverage cbb saya semakin hampeh. Kalau di rumah emak masih ok lagi. Kalau dirumah saya ni, emmmmmmm… makan hati berulam jantunglah jawabnya.

Malas nak layan. Perutku memulas-mulas.. huhuhuhu~

post signature

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!