Lift Yang Bengong @ Hernee Yang Bengong???

Kenapa dengan saya ni???

Semalam saya nak turun ke tingkat 2. Masuk lift saya lupa tekan no. 2, bila lift terbuka saya tengok dah sampai ke ground floor. Terjumpa pula oficemate, dah dia gelakkan saya. Dia kata baru 28 tahun dah nyanyuk ;p

Hari ni, saya nak turun ke ground floor, saya nampak lift tu memang nak turun. Saya pun terjah saja. Rupa-rupanya lift tu naik tingkat 7.

Sekali lagi, saya nak ke tingkat 3, saya mati-mati nampak arrow yang lift tu nak turun saya pun masuk je la. Rupa-rupanya lift sekali lagi nak ke tingkat 7. Saya yang bengong ke lift ni yang bengong???

Dari tingkat 3, saya nak ke ofis saya tingkat 6, sampai ke tingkat 5 ada seorang hamba Allah masuk. Ya, dialah manager perempuan yang saya tak berapa berkenan kerana keangkuhannya. Saya fikirkan dia nak ke tingkat 6 @ 7. Rupanya dia nak balik ke ofisnya di tingkat 1. Dalam hati saya ‘Nampaknya bukan aku sorang yang sengal’.

Teringat pula bulan lepas masa nak balik kerja. Saya hanya tinggal berdua dengan boss. Tapi saya keluar lebih awal kerana En. Nazir dah menunggu di bawah. Dengan gelabah puyuhnya saya masuk lift. Saya seakan mamai masuk lift terus tekan 6. Tapi pintu lift tak tertutup. Saya bergegas keluar sampai rasanya nyaris tersepit di pintu lift. Cemas sekejap. Dalam hati membebel sendiri ‘Eh, kenapa lift ni rosak ke?’ Saya masuk semula. Tekan no. 6 lagi. Tetap macam tu. Saya keluar dan cuba call En. Nazir. Dalam masa yang sama saya terfikir. ‘Aku kat tingkat 6, kan aku nak turun bawah, kenapa aku tekan 6. Sengal betul’. Terus saya masuk semula ke dalam lift dan tekan G. Selamat pun sampai ke ground floor. Nasib baik boss saya tak ada sama. Kalau tak malu seumur hidup. Sampai bawah kena gelak lagi dengan En. Nazir.

Persoalannya..

Lift yang bengong @ Hernee yang bengong??? ;p

post signature

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

12 Comments

  1. Mummy Dasy

    Hernee & lift sma2 bengong hahaha..
    betul ah ko BLOK A kan lift tu something wrong ah aku pnah kena

  2. ♥Hernee Nazir♥

    Mummy Dasy>>aku pn rase cam tu..dua2 bengong..hahaha

  3. ct rahani

    mesti byk berangan tuh.. kdg2 byk pk pun leh jadik camtu.. hehehe..

  4. atty's

    tak sampai ati nak ckp hernee bengong..

    kty nak salah kan lift ar ..lift yang bengong..ekekkkeeke.jgn makan kepala ikan tau..jgn minum air ade semut..

  5. Siti @ nurie

    siti pun rasa lift dan org yg nak lift tu bengong…he he he…tapi kkdg bila dah kalut2, mmg mcm tuelah jadinyer

  6. ♥Hernee Nazir♥

    atty's>>hehehe..tq kty..hernee x bengong kn? ;p

  7. ♥Hernee Nazir♥

    zuhaini>>tau xpe..nyasor.. ;p

  8. ♥Hernee Nazir♥

    Siti>>ade btul gak tu..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *