Hari ini saya training lagi. Ya majikan saya tidak mengambil cuti public holiday untuk orang-orang Johor hari ini. Apa nak buat dah termaktub dalam KPI. Selagi belum habis tahun 2009. Training..training..training. Tapi yang menjadi kepelikan pagi tadi semasa saya masuk pejabat tiada seorang pun di meja masing-masing. Jadi saya sms saja boss saya supaya dia tidak tercari-cari di mana saya berada. Tiba-tiba dia membalas sms saya begini “Dear Hernee, was this pre approved and how long is this?” Haiya sambil tepuk dahi. Dulu Melayu mudah lupa sekarang sudah tukar. Cina mudah lupa. Bukan ke dia yang suruh saya pergi training ini. Sampai masa dia pula yang lupa. Kesian boss saya banyak sangat fikir agaknya ;-p
Posted inAnything About Me Training Ummi Ilham at Work
SELAMAT BERTRAINING 🙂
Mummy Dasy>>ari ni dh ngadap keje plak..huhu