Ramadhan 2019 – Day 26

Ramadhan 2019 – Day 26 | Assalamu’alaikum. Ramadhan ke 26 kami sekeluarga mendapat jemputan berbuka puasa di Masjid Al-Irsyad, Desa Paya Mengkuang sempena majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri dari AJK masjid. Alhamdulillah rezeki anak istimewa Ummi sorang ni. Rasa terharu sesangat atas ingatan dari pihak masjid. Biasanya Ummi Babah yang uruskan sumbangan untuk anak-anak orang lain, kali ni Allah bagi pengalaman berbeza. Anak kami pula jadi penerima sumbangan ikhlas orang lain. Begitulah perjalanan hidup kita. Saling memberi dan menerima.

IMG_20190531_190606

Antara AJK masjid, Imam Masjid Pak Ibrahim dan Ketua Kampung yang hadir untuk menyampaikan sumbangan. Majlis simple je tapi buat hati Ummi rasa semakin kuat untuk terus mengharungi ujian akan datang. Ummi tak keseorangan, ada lagi beberapa anak-anak istimewa dalam kawasan perumahan kami ni. Pastinya ibu ayah mereka seorang yang istimewa juga kan.

IMG_20190531_193758

Oh ya, sepatutnya abang-abang ikut sekali. Tapi diorang berbuka di rumah Mommy Ngah dengan Aqil dan Ariq. Ummi dan Syahid duduk dengan Kakak Puteri anak yatim yang kehilangan ayah. Dia antara penerima Projek Beg Sekolah sepanjang Ummi menajdi Focal Person PBS.

IMG_20190531_190846

Alhamdulillah rezeki kuih muih untuk berbuka.

IMG_20190531_195659

 The best part.. lepas solat Maghrib, makan nasi ambeng dalam dulang. Syiokkkk gila. Sedap betul. Masa ni Syahid syok tidur beralaskan sejadah. Behave anak Ummi sorang ni.

IMG_20190531_211243

Part ni kelakar sikit. Muhammad Ilham Syahid dah bertukar jadi Mohd Halim Sahid hahahaha. It’s ok Pakcik Haris, Syahid ok je jadi Halim Sahid hehehe. Terima kasih untuk sumbangan Aidilfitri ni. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Itulah sedikit sebanyak memori manis 26 Ramadhan 1440H kami untuk dikenang sepanjang hayat.

163 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
Posts created 4650

One thought on “Ramadhan 2019 – Day 26

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Begin typing your search term above and press enter to search. Press ESC to cancel.

Back To Top
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!