DDHN – Resepi Ikan Siakap Bakar Sedap

Assalamualaikum..

Salah satu menu berbuka puasa kami di hari ke empat. Tak payah buang masa, jom tengok resepi mudah ikan siakap bakar sedap.

RESEPI IKAN SIAKAP BAKAR SEDAP

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap saiz sederhana
4 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
1/2 inci halia – dikisar
1 batang serai – dikisar
1 sudu kecil belacan
Daun pisang
Air asam jawa
Limau kasturi
Gula
Garam

Cara Memasak :

  1. Tumis bahan kisar, cili kisar, belacan, garam & gula. Tumis sampai pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa. Biarkan sampai sebati dan tutup api.
  3. Bersihkan ikan dan kelar supaya sambal lebih menyerap pada isi ikan. Letakkan di atas daun pisang.
  4. Sapukan ikan dengan bahan tumis dan balut.
  5. Bakar di atas pemanggang atau kuali atau oven. Ummi guna kuali biasa sampai terentung semalam hahaha.
  6. Bila dah siap masak, hidangkan adan perah limau kasturi.

Alhamdulillah hero-hero kata sedap. Kembang kuncup hidung Ummi. Abang Ilham request nak repeat ikan siakap bakar lagi. Korang yang ketandusan idea boleh la cuba buat ikan bakar pula ya hehe.

Selamat mencuba!

504 total views, 7 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 thoughts on “DDHN – Resepi Ikan Siakap Bakar Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *