Ramadhan 2019 – Day 1

Ramadhan 2019 – Day 1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah melepasi Ramadhan pertama. Ummi masih lagi seperti tahun-tahun yang sudah akan berusaha memasak walau sesimple lauk yang mampu. Say NO to Bazar Ramadhan or PARAM hehehe.

Semalam Ummi alhamdulillah sempat la menyediakan menu-menu simple kat bawah ni. Tak berani lagi nak melasak sangat kat dapur. Babah dan anak-anak pun redho je.

Sambal Kentang & Ikan Bilis Goreng Rangup. Biasa Ummi buat letak kicap. Tapi semalam duk scroll FB nampak ada yang bubuh cili padi so Ummi tukar menu untuk dapatkan mood pedas. Kesian Babah nanti makan tak ada pedas-pedas hehehe. Nanti Ummi share resepi simple ni.

Menu requested by Abang Ilham, tak lain tak bukan “Ayam Yellow” forever and ever hahaha. Ummi biasa masak Ayam Masak Lemak Tanpa Cili Api. Dah tak boleh la nak ikut tekak sendiri naka pedas sebab anak Ummi ada yang kaki pedas ada yang tidak hehehe.

Next, Popia Sayur. Ummi tak tahulah, bila bulan puasa je mood nak buat popia mencanak-canak hahaha.

Buah-buahan yang ada dalam fridge, Rock Melon yang manis lagi sedap.

Buah Naga pemberian Mommy Zara.

Tambahan lain, kurma semestinya, air sirap untuk Abang Ilham, air soya jiran belakang rumah bagi. dan air Performance Drink untuk Ummi dan Babah. Bulan ni promosi Performance Drink tau bersama perisa baru Lime limited edition. Ehhh sempat promote hehehe. PM Ummi kalau nak beli.

Ok, sambung sikit lagi. Sahur hari pertama, kami makan nasi lauk asam pedas ikan siakap. Sahur hari kedua, Abang Ilham repeat lauk Ayam Yellow, Ummi dan Babah makan nasi goreng dan baki popia sayur. Hari ni insha Allah, Ummi nak buat Char Kue Tiaw requested by Babah. Anak-anak Ummi plan nak masak asam pedas ayam. Tunggu hasilnya nanti ya.

52 total views, 1 views today

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 thoughts on “Ramadhan 2019 – Day 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: