DDHN – Menu of The Day 270119

DDHN – Menu of The Day 270119

Assalamualaikum..

Hari ni Ummi masak cincai boncai jek lah. Malam baru makan beriya sikit. Eh kemain beriya hahaha. Menu makan tengahari kami anak beranak.

Sambal Udang.. ni sambal semalam yang Ummi masak lebih. Kekonon pagi tadi nak suruh Babah beli mee.. nak goreng mee guna sambal udang tu sebagai rencah. Sekali Babah dah terlajak beli sarapan nasi ambeng ehhh. Sedap tau nasi ambeng tu . Jadi lauk udang tu hangatkan jadi lauk tengahari. Udang alahai halus kemain. Almaklumlah nak CNY ni udang halus saiz Syamil ni sekilogram dah RM30. Babah kata dah habis pilih la ni. Besar ni jek yang banyak. Lantak la janji ada lauk.

Next.. ayam goreng berempah. Asal boleh perap tak lama. Malas Ummi nak tunggu lelama kat dapur ui.. Syamil kata sedap pun kira dah lulus lah ekeke.

Last but not least.. sayur kobis goreng baling campak je. Janji bersayur ye dok. Malas nak berulam walaupun stok timun ada.

Itulah lauk kami empat beranak. Konsepnya redho.. makan je apa yang ada jangan memilih sangat ya anak-anak. Diorang dah lali dah dengan ayat Ummi dan Babah tu. Bila sebut “makan je apa yang ada” automatik level keredhoaan masing-masing naik tinggi kahkahkah. Walaupun muka memasing kelat. Dari minggu lepas kerja repeat kari je sebab mat kari aka Syamil tu asyik nak makan kari. Aje pitam Ummi muntah mabuk kari nak oi. Oklah, penat bebel nak tidur ehhh

546 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

3 thoughts on “DDHN – Menu of The Day 270119

  1. udang memang mahal sekarang ni.Kalau dapat yang murah tu pun dah bersyukur beli sekilo..Kalau sotong lagi ler..dah payah pulak nak cari yang cantik ..mesti dah lembik nak rak ..Minggu ni kena stock barangan basah sebab minggu depan, confirm pasar banyak ikan tak fresh..tapi tak tau ler kalau kat gelang patah tu..Sebab orang kata kat sana banyak ikan segar…syoknya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!