Pakej Lengkap Percutian di Tunamaya Beach & Spa Resort Pulai Tioman

Pakej Lengkap Percutian di Tunamaya Beach & Spa Resort Pulai Tioman

Assalamualaikum

Tahun 2018 bakal melabuhkan tirai beberapa hari lagi. Bagi anda yang suka travel, pastinya korang dah ada perancangan untuk destinasi pilihan tahun 2019.

Yang masih tercari-cari pakej percutian dalam negara, apa kata anda baca Pakej Lengkap Percutian di Tunamaya Beach & Spa Resort, Pulai Tioman.

Bagi tahun 2019, Tunamaya Beach & Spa Resort Pulau Tioman menawarkan pakej lengkap dengan hanya RM1538 seorang dari 1 Februari hingga 31 Oktober 2019!

Nikmati percutian yang berbaloi “value for money” termasuk penginapan 3 Hari 2 Malam di Villa Rainforest. Lokasi yang jauh dari kesibukan bandar yang pastinya nemberikan suasana dan udara segar di sekelilingi hutan rimba tropika.

Anda tak perlu bimbang kelaparan kerana pakej ini merangkumi dari bufet sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam dari air tangan pilihan Chef.

Nikmati juga sesi spa percuma selama 30 minit di Sarang Spa. Lokasinya beberapa langkah dari villa, anda hanya perlu berjalan kaki sahaja.

Anda juga berpeluang menjalankan aktiviti hiking dan snorkeling sepanjang berada di sana. Alami sendiri pengalaman manis meneroka keindahan laut yang membiru.

Anda juga berpeluang mengasah bakat seni dengan mengikuti aktiviti mencanting batik atau juga boleh mengikuti “indoor board games” bersama rakan-rakan.

Pakej ini termasuk pengangkutan pergi dan balik dengan feri awam mengikut pilihan anda sama ada melalui Jeti Tanjung Gemok atau Jeti Mersing. Manakala pengangkutan ke resort pergi dan balik dari jeti Kampung Genting akan diuruskan oleh pihak resort.

Tempah percutian impian anda sekarang! Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi:

378 total views, 2 views today

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 thoughts on “Pakej Lengkap Percutian di Tunamaya Beach & Spa Resort Pulai Tioman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: