Aidilfitri 2018–Beraya ke Rumah Ummi Aien

Assalamualaikum..

Sambung lagi cerita raya kedua The Ilhams and family. Lepas tetamu mengundur diri, kami empat beranak ke bandar Batu Pahat menuju ke rumah BFF Ummi zaman study, siapa lagi kalau bukan Ummi Aien. Ummi Aien jemput kami untuk majlis jamuan hari raya. Ummi dah excited ingatkan Ummi Aien nak buat surprise ehem ehem hehehe.

_DSC1226

_DSC1227

_DSC1228

_DSC1229

Budak berdua ni dah melekat dengan Abang Aman sepupu Ummi Aien. Rajin Abang Aman ni melayan The Ilhams. Syok la main kat halaman dan taman mini yang cantik ni. Ummi Babah menjamu selera laksa penang dan nasi beriyani yang sedap. Tak dilupakan brownies dan kek lapis Fatin yang super sedap tu. Aduhaiii terasa-rasa lalu kat tekak. Kalau dah ke sini konfem menu sedap-sedap belaka hehe.

_DSC1236

Terlepas rindu Ummi dapat jumpa BFF dunia akhirat.. Dr. Aien. Proud of you Aien! Doakan Ummi rajin nak sambung study macam Ummi Aien. Tapi tunggulah The Ilhams dah besar sikit nanti hehehe.

_DSC1233

Syamil je la yang nak layan Ummi bergambar. Itu pun mood 50-50 hahaha.

_DSC1239

Last but not least bersama tiga orang anak dara Pak Yunos yang cantik-cantik belaka. Dari bersahabat dengan kakak, sampai adik-adiknya pun dah rasa macam family sendiri. Apa lagi Ummi dan Abah Aien  serta keluarga lain yang peramah tamah. Semoga ukhuwah yang terjalin kekal hingga ke syurga. Jumpa lagi raya tahun depan hehe.

Lepas beraya rumah Ummi Aien, Ummi ajak Babah beraya kat McD hahaha. Drive thru je, semua gara-gara Durian McFlurry. Next entry sambung ya 🙂

Share this nice post:

2 Replies to “Aidilfitri 2018–Beraya ke Rumah Ummi Aien”

  1. Selamat Hari Raya, singgah sini

  2. selamat hari raya nia..

Leave a Reply