Jom Baca Perkongsian Ummi Ilhams di Vanilla Kismis

Jom Baca Perkongsian Ummi Ilhams di Vanilla Kismis

Assalamualaikum..

Cerita semalam, Ummi berkongsi rasa di portal online Vanilla Kismis tentang pengalaman mengandung 8 kali dengan ujian keguguran sebanyak 5 kali dan still birth sebanyak sekali. Kisah Ummi tu bukan untuk meraih simpati, hanya sekadar ingin berkongsi kekuatan pinjaman dari Allah. Mudah-mudahan dari perkongsian yang tak seberapa tu mampu memberikan semangat kepada ibu-ibu lain yang menerima nasib yang sama.

Vanilla Kismis - Hernee Nazir.jpg

Facebook Page – Vanilla Kismis

Vanilla Kismis - Hernee Nazir1.jpg

WANITA INI KONGSI KESEDIHAN BERDEPAN KEGUGURAN DEMI KEGUGURAN. 8 KALI HAMIL HANYA DUA ANAK BERNYAWA

Korang yang nak baca perkongsian Ummi boleh klik link atas ni ya, kat bawah ni Ummi share dari tulisan Ummi sendiri sempena hari ni genap 5 tahun tarikh kelahiran kematian Ilham Syakir (27 Jun 2018).

*****

Kali pertama keguguran di usia kandungan menjangkau 10 minggu. Memang saya rasa down dan frust sangat.  Tak dapat nak gambarkan rasa sedih tu. Sepanjang perjalanan menuju ke hospital saya menahan kesakitan. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, complete miscarriage. Doktor kata tak perlu melalui process D&C (Dilation & Curettage). Selang beberapa bulan Allah kurniakan kami rezeki lagi, kali ni hanya mampu bertahan lebih kurang 8 minggu dan saya keguguran lagi. Kali ni saya terpaksa melalui proses D&C walaupun complete miscarriage. Subhanallah hanya Allah yang tahu sakitnya. Alhamdulillah, saya antara yang mudah untuk mengandung, cuma rezekinya tu tak kekal lama. Rezeki ke tiga dan ke empat juga tak bertahan lama, mungkin saya terlalu runsingkan kesihatan arwah emak. Arwah emak saya penghidapkanser pangkal rahim, sebelum emak mengehembuskan hafas terakhirnya saya mengalami keguguran kali ke empat. Sedih memang sedih sampai tahap dah tak boleh mengeluarkan air mata. Saya pasrah, kerana saya yakin Allah sedang menguji. Allah bagi saya peluang menjaga arwah emak hingga akhir hayat. Cuba bayangkan kalau masa tu saya dah ada anak kecil, pastinya masa saya dengan emak sangat terhad. Dari situ saya bina keyakinan diri, saya redha dengan setiap ujian yang datang.

Kata-kata paling terkesan dan menusuk kalbu bila ada yang mempertikaikan keguguran anak-anak dan kematian anak syurga saya sebagai kifarah dosa-dosa saya yang  lampau. Allahu Akbar.. sedih sangat rasa hati. Siap pakej doakan saya susah bersalin. Mudahnya mereka menilai dosa dan pahala saya. Ada juga yang memberikan kata-kata sinis yang saya tak sayang baby. Tak pandai jaga kandungan. Ibu manalah yang tak sayang anak. Lagi-lagi anak pertama, mestilah saya teruja nak menjadi ibu. Saya menjawab segala soalan dan sindiran dengan tenang kerana saya yakin Allah adalah perancang yang terbaik. Siapalah saya dan suami nak menidakkan kuasaNya.

Apabila disahkan hamil kali ke lima, saya sangat-sangat berharap agar kandungan ini selamat hingga tempoh bersalin. Saya mengalami alahan yang teruk sehingga membuatkan saya tak boleh memasak. Atas nasihat doktor, saya diminta untuk membataskan segala aktiviti luar dan mendapatkan rehat yang secukupnya. Lupakan segala holiday, shopping atau apa saja aktiviti yang boleh menyebabkan saya aktif. Rutin harian saya, pergi kerja dan balik kerja. Waktu rehat di pejabat saya isikan dengan aktiviti rehat dan tidur. Sama juga di rumah, saya tidak dibenarkan membuat kerja rumah, semua saya serahkan pada suami. Alhamdulillah suami saya sangat memahami. Keluarga mertua juga sangat memahami, lebih kurang 6 bulan saya tak menjejakkan kaki pulang ke kampong suami untuk mengelakkan perjalanan yang jauh. Saya ikut segala nasihat doctor, jaga makan kerana saya juga disahkan menghidap Gestational Diabetes Mellitus (GDM) sepanjang mengandung.

Semasa temujanji bersama doctor dihujung kehamilan, doctor yang merawat mendapati degupan jantung bayi dalam kandungan sayaagak tidak memberansangkan. Doktor menyarankan supaya saya melalui kaedah bersalin emergency caesarean kerana bimbang akan kesihatan dan keselamatan bayi. Selepas berbincang dengan suami dan ayah, kami setuju dengan cadangan doctor kerana kami tak nak menanggung risiko kerana penantian kami untuk menimang cahaya mata sudah ke penghujungnya. Saya serahkan segalanya pada Allah dengan usahakan dari doctor untuk menyelamatkan bayi saya. Alhamdulillah saya selamatkan melahirkan seorang bayi lelaki pada 14 Julai 2011 dan bermulalah tugasan baru saya sebagai ibu kepada Muhammad Ilham Syahmi bin Mohd Nazir. Syukur alhamdulillah saya dikurniakan rezeki susu ibu sehingga anak saya berusia 2 tahun 11 bulan.

Kehadiran cahayamata ke 6 memang kami nantikan. Alhamdulillah tiada sebarang alahan. Tiada masalah GDM. Semuanya baik-baik saja sehinggalah tiba masa untuk rutin pemeriksaan bulanan semasa usia kandungan mencecah 7 bulan.  Bilamana nurse yang bertugas mendapati tiada lagi degupan jantung bayi saya. Dua orang nurse berusaha membantu malangnya masih tiada bunyi degupan jantung. Saya masih lagi cuba bertenang walaupun hati saya hanya Allah yang tahu. Saya masih lagi yakin yang bayi saya masih ada kerana saya masih lagi merasa tendangannya. Nurse mengesyorkan saya untuk merujuk kepada doctor pakar yang merawat saya dan kami pun terus ke klinik pakar tersebut. Sesampai di klinik doctor cuba scan dan mengesahkan bahawa bayi saya sudah tiada lagi. Saya rasa seperti ada batu mneghempap kepala saya. Allahu Akbar. Dugaan demi dugaan. Berat untuk saya dan suami tanggung. Hanya air mata peneman setia kami. Doktor memberi saya peluang untuk mendapatkan “second opinion” dan saya bergegas ke klinik satu lagi. Dalam hati saya hanya mampu berzikir, mengahrapkan keajaiban Allah.  Tapi Dia lebih mengetahui, doctor kedua mengesahkan yang anak saya sudah kembali kerahmatullah. Allahu Akbar. Doktor sama-sama berkongsi kesedihan dengan kami, dia tahu sejarah kehamilan saya. Saya di tahan diwad untuk proses induce. Bayi saya harus dikeluarkan secepat mungkin untuk megelakkan sebarang komplikasi. Dengan tiga kali induce, berkat doa suami, Keluarga dan kawan-kawan, saya melahirkan seorang anak syurga lelaki pada jam 1am, 27 Jun 2013 di atas katil wad. Suasana hiba bila anak yang saya lahirkan itu keluar tanpa sebarang bunyi tangisan. Allahu Akbar. Saya terpaksa menguatkan hati, walau hakikatnya hati saya terlalu rapuh. Saya tak kuat. Nurse menunjukkan saya wajah bayi saya. Cukup sifat, hidung mancung, molek rupa persis Babahnya. Saya menangis semahunya tanpa mempedulikan nurse yang ada. Mereka juga faham perasaan saya. Malam saya berteman zikir hingga saya terlelap. Keesokannya suami saya menguruskan proses tuntutan jenazah, Keluarga di rumah menguruskan proses pengkebumian. Alhamdulillah urusan pengkebumian Muhammad Ilham Syakir bin Mohd Nazir berjalan lancar. Terlalu banyak hikmah yang tersembunyi. Sebaik mana pun saya menjaga kandungan, kalau Allah tak izinkan untuk dia lahir ke muka bumi tetap bukan rezeki kami. Terasa diri saya terlalu kerdil, Allah tarik rezeki anak dari saya tapi Allah kurniakan rezeki lain. Saya yakin disebalik ujian Allah ada sesuatu yang ingin disampaikan untuk kami jadkan panduan hidup. Menangis di dunia, insha Allah tersenyum di sana nanti. Semoga anak syurga ini bakal memimpin ayah dan ibunya di akhirat kelak. Allah dah aturkan semuanya, Allah gantikan kehadiran Zara Saffiya sebagai pengganti kehilangan Syakir. Saya dan suami bersetuju untuk mengambil Zara Saffiya sebagai anak susuan. Alhamdulillah rezeki anak perempuan.

Setahun selepas kehilangan anak syurga, saya disahkan hamil untuk kali ke 7, alhamdulillah pengalaman lepas mendewasakan. Saya berusaha menjaga kandungan sebaik mungkin. Saya mengahadapi masalah yang sama seperti kandungan ke5, masalah GDM. Saya ikut nasihat doctor kerajaan, doctor pakar dan makcik urut. Dihujung kehamilan saya diuji lagi, setelah seminggu lebih menjaga anak saya di hospital, akhirnya saya cirit birit dan demam panas. Saya di masukkan ke wad dan doctor membuat keputusan untuk mengawalkan proses bersalin dengan kaedah induce. Dua kali induce, akhirya saya dimasukkan ke labour room. Tenaga saya semakin berkurangan dek kerana saya diserang cirit birit, saya tak mampu untuk meneran makan doctor membuat keputusan untuk menggunakan kaedah vacuum. Alhamdulillah selesai azan Isyak, saya Selamat melahirkan bayi lelaki dengan kaedah vaginal birth, induce dan vacuum. Pengalaman kali ini memang berbeza. Subhanallah.. saya rasa sungguh kerdil di sisi Allah. Kehadiran Muhammad Ilham Syamil bin Mohd Nazir menyerikan lagi Keluarga kami, kini usianya mencecah 3 tahun 5 bulan.

Pada bulan Ogos tahun lepas saya disahkan mengandung kali 8, selepas membuat pemeriksaan doctor saya mengalami pendarahan. Mula-mula sedikit lama-lama semakin banyak. Hati saya dah mula rasa tak sedap. Saya kuatkan hati, fikir yang baik-baik. Tapi Allah lebih berkuasa, kandungan saya hanya bertahan 8 minggu sahaja. Saya mengalami keguguran kali kelima pada 13 Ogos 2017.

Nasihat saya kepada ibu ayah yang masih lagi belum dikurniakan zuriat, atau mempunyai masalah kehamilan seperti saya supaya bersabar. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita suami isteri. Sabar..sabar dan terus bersabar. Setiap manusia ujiannya berbeza, ada orang diuji dengan wang ringgit, ada orang diuji dengan iman dan kita Allah pilih untuk diuji dengan kehadiran cahaya mata. Redha! Ujian Allah itu bukan kerana dia bencikan kita, ujianNya adalah cara untuk kita sentiasa mengingatiNya. Allah tak pernah menguji diluar kemampuan hambaNya. Yakin pada rezei Allah. Anak itu rezeki dan pinjaman untuk kita. Bila-bila masaAllah boleh Tarik balik rezeki dan pinjaman tu. Abaikan kata-kata orang sekeliling, mereka tak merasa apa yang kita rasa. Sentiasa berfikiran positif. Rezeki kita Allah yang tentukan. Jawab segala pertanyaan degan cara berhemah hati kita pun tak sakit.

Suami sangat memainkan peranan yang penting sebagai tunggak utama penguat semangat isteri. Sokongan dari suami sangat-sangat diperlukan untuk menaikkan semula semangat si isteri. Sentiasa ada dengan isteri, sama-sama muhasabah diri dan redha dengan segala ketentuan. Elakkan membiarkan isteri keseorangan kerana ditakuti ada gangguan emosi.

Saya dan suami saling memberikan kata-kata semangat antara satu sama lain. Kami yakin dengan rezeki Allah. Cepat atau lambat, kita kena sentiasa pupuk diri dan hati supaya bersabar dan redha dengan ketentuan takdir. Ini bahagian kami, orang lain punya bahagian masing-masing. Kena sentiasa berbaik sangka pada Allah. Abaikan kata-kata negative dari orang sekeliling.

Jangan malu untuk berjumpa doctor untuk mengetahui masalah kehamilan kita. Bagi kami, kami merujuk kepada doctor pakar dan membuat ujian darah. Alhamdulillah kami tidak menghidap apa-apa penyakit kronik. Cuma mungkin rezeki belum menyebelahi kami waktu itu.

Doktor menasihatkan saya menjaga pemakanan. Setiap bulan doctor bekalkan saya dengan ubat kuatkan rahim. Setiap bulan saya merujuk doctor pakar kerajaan dan juga pakar sakit puan di klinik swasta. Tak dilupakan makcik tukang urut yang banyak memberikan nasihat dan doa-doa terbaik untuk mendapatkan zuriat. Kita hanya mampu merancang dan berusaha. Selebihnya saya serahkan pada Allah penentu segalanya.

Rasa bersyukur diberi peluang menjadi ibu dan ayah. Harapan kami semoga kami masih diberi nafas untuk membesarkan dua orang hero kesayangan ni. Semoga anak-anak ini menjadi anak-anak yang soleh yang memberi syafaat di akhirat kelak. Semoga kami berdua mampu menjalankan tanggungjawab menjaga amanah Allah ini.

AL-FATIHAH buat kupu-kupu syurga MUHAMMAD ILHAM SYAKIR BIN MOHD NAZIR

p/s untuk kawan-kawan yang sentiasa mendoakan dan memberi semangat.. terima kasih tak terhingga.. Allah jua yang mampu membalasnya.. untuk yang masih bersorak dan mengatakan ujian ini sebagai kifarah dosa-dosa saya.. terima kasih juga.. sekurang-kurangnya saya masih diberi peluang untuk mempunyai anak syurga di sana.. teruskanlah menyorak.. mungkin awak terasa dengan statement saya kat atas tu kan.. sebab awaklah orangnya.. perjalanan hidup kita berbeza.. mungkin Allah tak uji awak macamana Dia uji saya.. tak perlu komen acah-acah ustaz/ ustazah di facebook saya.. walhal saya tahu tembelang cerita awak semua.. (rasa kelakar awak tau tak) saya tahu siapa disebalik komen tu.. saya simpati dengan kehidupan awak.. berusahalah perbaiki keluarga sendiri ya.. move on pleaseeeeee.. awak tak ada kepentingan dalam hidup saya.. hiduplah dengan cara tersendiri.. rezeki masing-masing semua Allah dah tetapkan.. stay away from my life.. i don’t need friend like you!! (ehhh.. friend ke?) :p Jangan buat kerja Tuhan!!!

 

 

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

7 Comments

  1. kisahsidairy

    dah baca jugak weh…aku yang baru 2 kali gugur pun rasa sedih nya semacam,inikan pulak dah ada cukup sifat yang boleh ditimang².Yang penting umi dia kuat demi dua hero tu.lagi satu,Allah swt dah buat perancangan yang baik untuk umatnya,Dia menguji mengikut kemampuan umatnya…

    • Hernee Nazir

      thanks babe.. terharu dapat kawan yang faham..tahu apa qada’ dan qadar..bukan tahu menyorak je..

    • Hernee Nazir

      tq sudi baca..alhamdulillah bahagian saya..

  2. perasan juga ada komen yang berbunyik pelik sedikit…tak apa kak, mereka menambah pahala akak…semoga Allah berikan hidayah buat mereka yang masih tertutup mata hatinya..

    • Hernee Nazir

      sedih sunah.. tak terucap sedihnya.. tak habis2 lagi rupanya rasa dendamnya tu.. tapi akak yakin Allah tu adil.. TQ sunah bagi pinjam bahu..

  3. Sis Lin

    MasyaAllah sangat kuat hati ibu. MOga Hernee tabah melaluinya. Pengalaman indah di saat di uji oleh Allah. Hanya insan terpilih aja yang Allah uji..

    Eee tang komen tu..lantakkk! jangan layan..bikin hati kita hitam jee, merecikkkk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *