Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H/ 2024M

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H/ 2024M

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H/ 2024M | Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan Syawal yang mulia. Baru sempat nak update posting raya. Bukanlah busy mana pun, ada je terperap kat rumah ni tak beraya. Almaklumlah, Babah kerja dari hari raya pertama hingga ke lima, jadi peluang nak beraya tu tipis hehehe. Takkanlah Ummi nak beraya dengan anak-anak je, macam tak syok pulak kan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H/ 2024M

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H/ 2024M

Dikesempatan ini, Ummi ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada tulisan yang mengguris hati semua. Minta dihalalkan segala yang termakan dan terminum. Jemput datang beraya ke teratak kami.

Nak Balik..Nak Kampung.. Kampung Siapa Dulu?

Oleh kerana tahun lepas kami beraya dengan arwah Tok Ayah di Gelang Patah, jadi tahun ni turn beraya di Batu Pahat dengan Atok Tipah. Walaupun hanya merentas desa, kami masih mengikut turn balik kampung semenjak dari awal perkahwinan. Tak ada isitilah berebut nak balik mana, masih boleh berbincang secara tolak ansur. Nenek, Mak Wee dan Mak Ra beraya di Terengganu, Mama Cu beraya dengan keluarga mertua di Pengerang dan Mommy Ngah kerja sampai raya ke empat.

Raya tahun ni sangat berbeza, tahun pertama beraya tanpa ayah di sisi. Sedih sangat tak terungkap dengan kata-kata. Siapalah sangka raya tahun lepas adalah raya terakhir kami dengan Tok Ayah. Apa pun hidup mesti diteruskan, berdamailah dengan takdir Allah. Kesempatan yang ada ni, kita luangkanlah masa bersama Atok Tipah, kita tak tahu bila kali terakhir kita akan beraya bersama dengan dia.

Tema Warna Baju Raya 2024

Tahun ni, Babah memilih untuk pakai baju raya bertemakan warna “baby blue”. Ummi kasi chance la Babah yang memilih warna. Asyik Ummi je kan yang pilih hehehe. Alhamdulillah sejuk mata memandang warna baby blue. Untuk hari raya kedua yang tak berapa nak beraya tu, kami pilih warna hitam & nude. Korang boleh tengok baju raya kami sepanjang menjalani sesi Photoshoot Raya 2024 di The Empire Studio.

Untuk tempahan slot Photo Studio Raya di The Empire Studio, boleh whatsapp ke nombor di bawah:

http://www.wasap.my/60137008889/StudioRaya24

Gambar Raya 1 Syawal 1445H di Parit Jabar, Senggarang, Batu Pahat

Tahun ni hanya keluarga kami dan Kak Long yang berkampung di Parit Jabar. Kami balik kampung dua hari lebih awal. Selepas solat Zohor hari raya pertama kami dah bergegas balik ke Gelang Patah sebab malamnya Babah nak masuk kerja, 1st day night shift. Tahun ni bermulalah semula episod beraya mengikut off day Babah hehehe setelah 9 tahun meninggalkan dunia shift. Redha je lah ya, dah tertulis rezekinya begitu.

Jomlah tengok gambar raya kami di Senggarang.

Menu Hari Raya Aidilfitri 2024

Macam biasa bergotong-royong memasak bersama Kak Long dan menantunya memasak kat dapur Atok Tipah. Atok Tipah dah tak macam dulu, dulu dia join sekali masak kat dapur tapi sekarang dia tak ada kudrat nak buat semua tu. Pandai-pandailah anak dan menantu menguruskan dapur.

Menu kami nasi impit, ayam masak merah, kuzi kambing, rendang daging, dendeng daging, sambal kacang dan nasi tomato. Macam biasa kuzi kambing air tangan Ummi dah jadi menu raya kami. Ayam masak merah aka ayam red Kak Long yang masak.

Aktiviti Malam Raya di Kampung

Macam biasa aktiviti malam raya dan sebelum malam raya, main mercun dan bunga api. Kemain memasing ya membakar duit. Sayang uiii, baik belanja Ummi makan hahaha. Alhamdulillah diberi kesempatan beraya dengan keluarga sebelah Babah. Itu pun tak sempat beraya ke rumah abang dan kakak ipar serta makcik pakcik dek tuntutan kerja Babah. Tunggu Babah off day baru beraya ke rumah saudara mara sebelah Ummi.

Itulah sedikit sebanyak cerita raya kami di 1 Syawal 1445H. Till then, selamat berhari raya korang!

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

1 Comment

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kak..

    Alhamdulillah.. Dapat jumpa lagi Syawal Kalini.. Ok kak… Boleh sy berkunjung ke rumah ye..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *