Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak Menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak Menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Ini cerita seorang emak yang pertama kali nak menyemak keputusan peperiksaan anaknya secara online menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sila jangan kecam emak ini ya. Dia baru berkecimpung selama 4 bulan dengan dunia mak-mak anak sekolah rendah hehehe. TQ Kak Leen sebab share info ni. Nah Ummi share pula untuk ibubapa yang belum pernah guna dan bakal guna nanti.

CARA MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK MENGGUNAKAN SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

sistem analisis peperiksaan sekolah SAPS

https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php

Klik link kat atas ni untuk ke website Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudian, klik bahagian SEMAKAN IBUBAPA.

SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR

Boleh direct ke link ni juga https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php. Bila paparan ni keluar, masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN (MyKid) atau SIJIL LAHIR anak dan klik CARI. Kemudan, masukkan MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI.

sistem analisis peperiksaan sekolah SAPS1

Kemudian akan keluar paparan seperti di atas. Keluarlah nama anak uolls. nombor kad pengenalan atau Sijil Lahir dan darjah. Sila pilih tahun, kalau nak check tahun ni masukkan 2018. Kemudian pilih Keputusan Peperiksaan. Seterusnya pilih nak tengok Slip Keputusan atau Markah Peperiksaan. Sebelah atas kanan akan dipaparkan senarai guru berdasarkan peperiksaan terakhir untuk tahun terkini.

Seorang emak yang excited telah memasukkan data anaknya. Malang sekali, info belum dimasukkan oleh cikgu beliau hahaha. Latest Ummi check baru ada markah untuk kertas Bahasa Melayu. It’s ok. Markah tu pun Ummi tak jangka. Keep it up Abang Ilham.

SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR2

Paparan Markah Peperiksaan

SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR3

Slip keputusan peperiksaan. Ibu ayah boleh print untuk rujukan masing-masing. Ok itu saja. Mudah je kan nak semak keputusan peperiksaan anak-anak. Dunia semakin canggih, jadi ibu ayah kena celik IT nampaknya hehe. Ok, semoga membantu ibu ayah untuk menyemak result anak-anak.

Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

6 thoughts on “Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Anak Menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: