Ini cerita dua minggu lepas. Biasalah Ummi Ilhams kan ada masalah angin kus kus kadang-kadang terlebih vitamin “M” (read: Malas) hahaha. Dah draft berkurun baru update itu perkara biasa hahaha. Ok sambung cerita. Lepas sarapan Babah ajak Ummi dan Syamil teman dia memancing. Babah memang selalu memancing tapi kami jarang-jarang ikut. Hari Ahad tu Babah bawa kami ke port mancing baru belakang kawasan tali dan kilang JST, PTP hehehe. Kalau orang kampung mesti tahu jalan ni, masuk jalan kecil di selekoh Kampung Pekajang.
Ni ha kilang JST nya tu, bangunan ni pernah viral dalam facebook kerana keunikannya. Kalau tengok macam bangunan lama terbiar tapi memang itulah konsep pembinaannya dari idea orang-orang Jepun. Ok Ummi memandai sebab tu kilang Jepun hahaha. Banyak peluang pekerjaan di situ ya. Haisyhhh lari tajuk lagi.
Nampak tak budak kecil tu, semangat betul mengekor Babah. Tak sabar nak memancing kekonon.
Sini kawasan sungai air masin. Kiranya akan tembus ke Sungai Pulai.
Bahagian ni pula air tawar. Kalau kaki pancing ikan air tawar boleh la cuba nasib akt sini. Masa kami datang tu ada dua orang pemancing tengah mencari rezeki.
Hari Jumaat yang lepas tu Babah dapat rezeki ikan kacang kat sini lah. Itu yang dia semangat nak repeat lagi. Kali ni bawa assistant kecil dan pom-pom mak hahaha. Kalau assistant sorang lagi yang sekolah tu tahu, memang muncung panjang sampai Singapore hahaha. Terpaksa Ummi kena chop passport nak ambil muncung dia tu hahaha.
Mula-mula dia tengok je. Belum pun sampai 5 minit dia dah sibuk asyik tanya Babah. Babah dah dpat ikan ke belum hahaha.
Dia boring dia kutip batu-batu kecil baling dalam air. Ummi duduk tepi je jadi pom-pom mak sambil ajak Syamil doa supaya Babah dapat ikan. Nak memancing sama tak reti, masak hasil pancing retilah hehe.
Dia sibuk merengek nak memancing. Bebel-bebel Babah tak belikan dia joran. Babah kasi can la dia pegang jorang kejap. Bagi puas hati. Kang dia bebel lagi.. dah la ikan tak makan umpan haha.
Dia dah puas ke hulu ke hilir, dia sendiri surrender dah berpeluh-peluh. Sudahnya diajaknya Ummi masuk dalam kereta suruh Ummi buka kipas kata dia hahaha. Layankan aje lah budak sorang ni. Kalau nak memancing dalam kereta baik Ummi download game kat handphone je dik. Cissss. Kami tak lama pun masa tu, mata kail Babah tersangkut pula. Rezeki ikan pun tak ada, siap-siap terus balik. Oleh kerana Ummi dah duduk di driver’s seat, jadi kuasa memandu Ummi yang punya. Babah kena redho sebab Ummi ajak ronda ke Forest City Golf Resort kejap ekekeke.
First time masuk Forest City Golf Resort. Haisyhhhh sekejap betul diorang kokakkan kawasan kampung ni. Macamana nak masuk sini? Korang kena melalui jalan ke Jabatan Laut Wilayah Selatan. Ini jalan sementara rasanya selagi highway tak siap. Kalau korang ke Forest City nampak la highway ke sini dalam pembinaan.
Bawa kaki pancing, haruslah berhenti sekejap tengok air sungai yang menggoda kaki pancing untuk mengeluarkan jorannya. Tapi harap maaf ya, no fishing here! hahaha. Kalau Babah nak pancing juga, Ummi tak tahu nanti “polis baju putih” datang tiup wisel hahaha. Tapi memang makan hati la Babah tengok air sungai, pakkal je la haha. Kalau tak ada sign board tu mahu Ummi kena layan Babah mancing kat sini hahaha.
Awal-awal masuk je dah terbentang luas nursery. Gigih semua pekerja tanam rumput.
Memang jauh masuk ke dalam tau jalannya. Jangan takut sesat sebab jalannya memang kawasan paya bakau yang dah diteroka. Ehhh seriouslah jadi orang Gelang Patah ni masuk 37 tahun tak pernah masuk kawasan paya bakau ni. Dari jauh sayup-sayup nampak bangunan dah naik.
Ummi duk terpusing-pusing je kat situ. Sambil snap bangunan hotel ni. Hotel ni dah beroperasi tau. Aduhaiii dorang ni pantas betul ek. Macam ternganga tengok kawasan ni nak jadi gini. Apa nak buat, pasrah je la orang kampung. Nak turun, takut kang Abang Ilham balik sekolah Ummi tak sempat masak. Jadi pusing-pusing je dulu, next time kita explore. Bukan jauh pun, jerit pun dengar hahaha.
Eh dari cerita memancing kita masuk cerita Forest City Golf Resort ya hehe. Ok itu saja cerita hari Ahad kami. Dua aktiviti dalam satu masa gitu.
assalamualaikum hernee…dapat banyak x ikannya…?
waalaikumussalam mama.. takde rezeki kali ni hahaha.. lagi pun kejap je saje2 habiskan masa..