Makan Malam di Restoran Wadi Hana Elarabi Desa Rahmat Tampoi

09/02/2018

Misi JJCM minggu lepas. Babah tanya nak makan kat mana? Terus Ummi teringat nak mencuba menu-menu yang nampak lazat di Restoran Wadi Hana Elarabi, Desa Rahmat, Tampoi. Lepas maghrib berdezup kami empat beranak ke sini.

Ada dua pilihan tempat, sama ada nak duduk atas kerusi makan biasa atau landing  atas kusyen di bawah dengan berkonsepkan santai makan sambil bersila. Rasanya itu lagi syok sebab nak makan dalam dulang hehehe. So kami pilih duduk bawah.

Muka macam tak redho je kena snap hahaha.

Masa untuk memilih menu.

Baca menu ada yang faham ada yang blur-blur hahaha. Buat-buat faham tengok gambar je la.

Ohhhh ini rupanya dua orang chef yang jadi tulang belakang restoran ni.

Suasana dalam restoran.

Ok, makanan kami dah sampai. Ummi dan Babah pilih Mandy Rice Chicken dan Maklobah Rice Lamb. Korang boleh pilih nak makan dalam pinggan atau dulang. Kalau nak makan dalam dulang minimum order kena ada 2 set. So kami nak rasa dua-dua jenis nasi tu yang buat 1 set setiap nasi dalam satu dulang.

Zoom in.. Maklobah Rice with Lamb. Sedapppppp uolls. Lamb nya tu lembut gila. Nasinya pun sedap. 1 set RM22.50.

Mandy Rice with Chicken. Ini pun sedap uolls. Ayam tu memang sesedap rasa. Laju je Ummi makan ehhhh. Harga 1 set RM19.50.

Budak berdua ni sibuk nak ketam. Orang fefeeling nak makan nasi mandy dia sibuk nak ketam haha. Nasib baiklah memang ada menu Seafood Soup. Ketam dia besar yang amat, udang pun besar-besar juga. Sedap sup ni rasa rempah ratus dia tu sedap. Semangkuk berharga RM17.50. Memang puas hati portionnya besar. Babah minum air fresh orange, Ummi air lemon mint. Serious sedap!

Sebelum balik, sempat juga Ummi snap gambar souvenir-souvenir dari tanah Arab yang dijual di kaunter cashier. Wahhhh memang menarik. Total makan semua berjumlah RM60++. Cashier tu tanya umur Ilham berapa. Babah jawab 7 tahun. Ummi macam pelik juga, kenapa tanya ke saja nak ajak berbual.  Rupa-rupanya dia nak bagi t-shirt.

Taraaaa.. rezeki Abang Ilham dapat t-shirt Wadi Hana Elarabi hehe. Auntie Star Wars kata dia pelanggan tetap pun tak pernah dapat t-shirt hahaha. Ummi cakap, ni bagi hint Ummi Ilhams kena review restoran ni sehabis baik ekeke. Tapi memang recommended la kalau uolls nak merasa menu-menu timur tengah sambil di alunkan dengan lagu fadang fasir boleh berangan mak nasi mandy sambil naik unta hahaha.

Ok yang nak mencuba boleh ke alamat di bawah ya. Senang je nak cari restoran ni. Selamat menjamu selera. Ingatku dalam setiap suapanmu hahaha.

Restoran Wadi Hana Elarabi

Alamat:
No 1 , Jalan Pembangunan, Taman Desa Rahmat,
Johor Bahru 81200

Waktu Operasi:
Isnin, Rabu, Khamis, Sabtu, Ahad – 12pm – 12am
Selasa – Tutup
Jumaat – 2.30pm – 12am

Contact No:
017-737 7352

Facebook:
https://www.facebook.com/wadihanaelarabi/

Share this nice post:

4 Comments

  • Hans

    09/02/2018 at 9:32 pm

    Perghhhh menarik nampak daging tu

    1. Hernee Nazir

      12/02/2018 at 5:45 pm

      hhehe memang sedap..lembut gila..

  • Suria Amanda

    12/02/2018 at 12:54 pm

    Alamak…semua mencongkam kalbu makanan kat sini..nasib baik jauh..,kalau dekat dah terjah dah..mata SA x leh lari dari soup seafood tu ha…nampak sedap

    1. Hernee Nazir

      12/02/2018 at 5:45 pm

      memang sedap sup tu SA..unik rasanya..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: