Sesi Menyampul Buku Abang Ilham

The Ilhams Learning Phase

20171230_124047

Sebelum start sekolah, Sabtu petang bawa ke malam Ummi dah berjuang habis-habisan menyampul buku-buku Abang Ilham sampai tahap sampul pun habis hahaha. Tahun lepas buku PASTI tak la banyak macam buku darjah 1, haaaa sekarang buku teks sekolah kebangsaan dan sekolah agama memang lenguh pinggang duduk lama tambahan pula banyak iklan. Baru Ummi nak duduk fokus.. ada budak nak ngempeng. Lepas ngempeng, mata Ummi pula berat minta lelap.. ehhhh tu salah Ummi sendiri hahaha.

20171230_124108

Untuk buku latihan, Ummi guna  pembalut buku latihan jenama Super Wrap. Buku latihan semua Ummi balut. Harap bertahan la sampai ke hujung tahun. Walaupun minggu kedua dah ada buku latihan tertogel hahahaha.

20171230_124119

Untuk buku teks dan buku aktiviti macam biasa Ummi sampul dengan “Beready Self-Adhesive Book Cover”. Mudah dan menjimatkan masa. Cerita menyampul tahun lepas boleh baca kat SINI.

20171230_130430

Rubber stamp nama Ilham tu memang dari last year Ummi tempah dari Kuzie’s Collection. Nasiblah jumpa semula sebab Ummi lupa simpan kat mana hahaha. Sebelum sampul tu Ummi siap-siap chop dulu buku-buku abang sambil tulis nama sekolah dan kelas. Ummi naik atas sekejap, nak ambil gunting. Sekaliiiiii ada surpriseeeeeeeeeeeeeee.

20171230_172152

Taraaaaaaaaaaaa.. dua buku reject cover depan dikerjakan dek Syamil. Dia main chop chop kat buku latihan abang. Huwaaaaaaaaaaa. Terpaksalah Ummi cover dengan kertas lain nanti.

20171231_011153

Akhirnya jam 12 tengah malam lebih sikit lepas anak-anak tidur barulah siap kerja menyampul Ummi dengan beberapa selingan iklan hahaha. Itu pun Babah kena kerah teman sampai Ummi siap hahaha. Nasiblah Ummi siapkan sampul buku, gosok baju awal, sebab tiba-tiba Babah plan ajak balik kampung hari Ahad tu hehe. Nanti kalau Ummi free, Ummi share jadual kehidupan Ummi sejak abang Ilham darjah 1 hehehe.

Selemat menyampul buku bagi mak-mak yang masih tak siap sampul buku. Sila cari sampul self-adhesive tu senang. Kecil lagi Ummi sampulkan la. Esok dah besar sampul sendiri hehehe.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!