Info Sharing

Lindungi Hasil Karya, Idea dan Jenama Anda di MyIPO

My IPO harta intelek

Hai korang, bertemu kembali dalam blog Ummi ni. Ada yang rindu Ummi tak? hehehe. Ummi sebenarnya nak share dengan korang, memang Ummi rasa tertarik dengan kata-kata dalam gambar di atas ni,

Penat Penat Berkarya,jangan Sampai Ditiru Orang

Zaman sekarang ni mudah sangat hasil karya atau kerja ditiru orang lain kan. Macam-macam cara peniruan diorang ni. Kesian pada mereka yang gigih berusaha untuk membina jenama sendiri, mencipta karya sendiri dengan mudah ditiru orang. Untuk korang yang mengalami situasi ini, jangan risau MyIPO boleh membantu korang untuk melindungi hrta intelek korang.

Sebutan MyIPO

Korang pernah dengar tak tentang MyIPO ni? Sebut betul-betul, “mai-po” jangan salah sebut tau. Bukan “Mai-IPO” salah tu hehehe. Sebenarnya Ummi pun salah sebut sebelum ni .

MyIPO atau Perbadanan Harta Intelek Malaysia adalah sebuah agensi di bawah KDPNKK bertanggungjawab dalam pembangunan dan pentadbiran sistem hak harta intelek (IPR) Malaysia. MyIPO merupakan agensi tunggak yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran harta intelek, paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta, petunjuk geografi dan rekabentuk susun atur litar bersepadu.

Jom Ummi kongsikan sedikit sebanyak tentang sejarah, objektif serta visi dan misi MyIPO.

MyIPO.jpgTENTANG MYIPO

Untuk pengetahuan korang, sebelum tahun 1983 lagi hak-hak harta intelek di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Pejabat ini kemudiannya telah ditukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten dalam tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Pada 27 Oktober 1990, Kementerian telah membuat penyusunan semula dan seterusnya Pejabat ini telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  telah ditukar nama kepada Bahagian Harta Intelek (BHI). Bahagian ini bertanggungjawab mentadbir Akta Paten 1983, Akta Cap Dagangan 1976, dan Akta Hakcipta 1987.

Tahukah korang bahawa Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 telah mula dikuatkuasakan pada 1999, disusuli pada tahun 2000 dengan Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000. Seterusnya pada tahun 2001, Akta Petunjuk Geografi 2000 dikuatkuasakan.

Dalam menghadapi perubahan pembangunan harta intelek di peringkat domestik dan global, BHI telah dijadikan sebuah badan berkanun pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) melalui berkuatkuasanya Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002.

Perbadanan telah mengambil langkah penjenamaan semula apabila singkatan PHIM ditukar kepada MyIPO pada 3 Mac 2005 sempena Pelancaran Hari Harta Intelek Negara yang pertama.

Objectivebm.png

OBJEKTIF MYIPO

  1. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
  2. Memperkukuhkan perundangan harta intelek.
  3. Menggalakkan program kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek.
  4. Menyediakan khidmat nasihat harta intelek.
  5. Menyediakan maklumat harta intelek yang lengkap dan mesra pengguna

VISI & MISI

Visi penubuhan MyIPO adalah menjadi salah sebuah organisasi harta intelek terbaik. Manakala misi MyIPO adalah menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek.

AKTA-AKTA BERKAITAN HARTA INTELEK DI MALAYSIA

Antara akta-akta untuk melindungi harta intelek di Malaysia:

  1. Akta Paten 1983
  2. Akta Cap Dagangan 1976
  3. Akta Hakcipta 1987
  4. Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996
  5. Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000
  6. Akta Petunjuk Geografi 2000

Karya Perindungan Hak Cipta.jpg

Antara hasil karya yang layak mendapat perlindungan Hakcipta ialah:

i. Karya sastera
ii. Karya muzik
iii. Karya seni
iv. Filem
v. Rakaman bunyi
vi. Siaran; dan
vii. Karya terbitan

Usaha KPDNKK dalam membantu individu atau pemilik syarikat melindungi harta intelek mereka memang sangat-sangat dipuji. Sebagai individu atau pemilik syarikat korang kena tahu hak korang. Korang boleh ambil bahagian dalam aktiviti atau program yang dianjurkan oleh MyIPO untuk mendapatkan lebih lagi kesedaran tentang pentingnya perlindungan harta intelek. Sekurang-kurangnya, hak korang terbela dan mereka diluar sana tidak sewenang-wenangnya meniru idea, hasil karya mahupun jenama produk keluaran korang tu.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai MyIPO, korang boleh layari:

Laman Web Rasmi – http://www.myipo.gov.my

#MyIPO #MyIPO15 #TradeMark #Copyright #Patent #IndustrialDesign #IntellectualProperty #IP #HartaIntelek #HakCipta #myipoctss

Share this nice post:
Tagged , , , , , ,

About Hernee Nazir

Full-time Working Mom | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331
View all posts by Hernee Nazir →

6 thoughts on “Lindungi Hasil Karya, Idea dan Jenama Anda di MyIPO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *