Perlindungan Harta Intelek Dengan Petunjuk Geografi di MyIPO

21/01/2018

MyIPO

Assalamualaikum, selamat berhujung minggu.. Hai semua.. Ummi masih tak habis lagi bercerita tentang MyIPO atau Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Korang dah baca ke entri sebelum ni tentang MyIPO? Haipppp.. tak baca lagi eh. Kalau korang nak baca dan nak lebih memahami info asas MyIPO korang boleh baca di SINI entry di bawah ni ya.

Lindungi Hasil Karya, Idea dan Jenama Anda di MyIPO

Bila Ummi post pasal MyIPO di entri yang lepas, ramai juga yang memberikan feedback positif di media sosial. Ada yang baru tahu tak kurang juga yang dah sedia tahu betapa pentingnya untuk melindungi hasil karya, idea dan jenama keluaran mereka di MyIPO.

Banyak lagi sebenarnya maklumat penting yang Ummi nak sampaikan lanjutan dari entri pertama tu. Hari ni Ummi nak berkongsi dengan korang tentang cara melindungi hasil karya korang menggunakan petunjuk geografi. Mesti korang tak tahu kan?

Sebenarnya kita boleh melindungi hasil karya, idea dan jenama dengan berpandukan petunjuk geografi yang mana ianya dipengaruhi oleh kualiti dan reputasi yang dikaitkan dengan sesebuah kawasan. Pernah dengar produk jenama Sabah Tea, Kluang Railcoffee, Kek Lapis Sarawak, dan macam-macam lagi. Produk-produk berjenama tersebut adalah diilhamkan didaftarkan dengan menggunakan petunjuk Geografi.

APA ITU PETUNJUK GEOGRAFI?

PETUNJUK GEOGRAFI adalah tanda yg digunakan ke atas sesuatu produk kerana produk tersebut mempunyai kualiti dan reputasi yang boleh dikaitkan dengan kawasan berkenaan.

Perlindungan akan diberikan walaupun Petunjuk Geografi itu tidak didaftarkan. Perlindungan juga tetap diberikan terhadap satu lagi Petunjuk Geografi yang walaupun ianya di keluarkan di negara, kawasan, wilayah atau daerah dimana produk itu dihasilkan, tetapi ia telah memberi gambaran palsu kepada umum bahawa ia dihasilkan di negara, kawasan, wilayah dan daerah yang lain.

PENGECUALIAN DARI PERLINDUNGAN PETUNJUK GEOGRAFI

  1. Petunjuk geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau adat atau wilayah asal; atau
  2. Petunjuk geografi yang tidak lagi mempunyai pendaftaran di negara asal
  3. Petunjuk geografi yang tidak lagi digunakan di dalam negara atau di wilayah asal.

KETAHUI HAK PENGGUNAAN

  1. Hanya pengeluar yang menjalankan aktiviti di dalam kawasan geografi seperti yang dinyatakan di dalam sijil pendaftaran sahaja boleh menggunakan Petunjuk Geografi yang berdaftar di dalam urusan perniagaan.
  2. Hak pengunaan produk hendaklah sepertimana yang didaftarkan berdasarkan spesifikasi kualiti, reputasi atau ciri-ciri yang dinyatakan didalam sijil pendaftaran.

JANGKAMASA TEMPOH PERLINDUNGAN

Tempoh perlindungan bagi Petunjuk geografi yang berdaftar adalah 10 tahun bermula dari tarikh pemfailan dan boleh diperbaharui setiap 10 tahun.

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON?

  1. Individu yang menjalankan activiti sebagai pengeluar di kawasan seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan dan berkaitan dengan produk sebagaimana yang disenaraikan di dalam borang permohonan.
  2. Pihak berkuasa tempatan; atau
  3. Organisasi perniagaan atau persatuan.

AKTA PETUNJUK GEOGRAFI 2000

Akta Petunjuk Geografi diperkenalkan bermula pada tahun 2000 dan maklumat lanjut boleh klink link tersebut:

Peraturan- Peraturan Petunjuk Geografi 2001

Semoga sedikit sebanyak maklumat ini mampu membantu korang untuk membuat pilihan yang bijak demi menjaga produk keluaran masing-masing dari dijadikan bahan ciplak oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Daftarkan produk korang dengan berpandukan Petunjuk Geografi di MyIPO sekarang!

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai MyIPO, korang boleh layari:

Laman Web Rasmi – http://www.myipo.gov.my

 

#MyIPO #MyIPO15 #TradeMark #Copyright #Patent #IndustrialDesign #IntellectualProperty #IP #HartaIntelek #HakCipta #myipoctss

Share this nice post:

6 Comments

  • sis gee

    22/01/2018 at 12:08 am

    good info!

  • Julia binti Jamaludin

    24/01/2018 at 10:55 am

    Perkongsian yang menarik. Sama-sama kita lindungi hasil karya kita

  • mia liana

    24/01/2018 at 11:14 am

    hmmmm… bagus ni… baru faham skit2… da petunjuk geografi juga ya… ok… tq..

  • kisahsidairy

    24/01/2018 at 11:35 am

    kena fahamkan betul² ni..yang penting kita boleh lindungi harta intelek kita dengan selamat…

    1. Hernee Nazir

      24/01/2018 at 11:57 am

      betul tu eda..

  • Cik Ash

    26/01/2018 at 4:20 pm

    bagus ni ada myipo ni… terimakasih kongsi ya..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: