Hari Terakhir Abang Ilham di PASTI Ar-Rahman 1

The Ilhams Learning Phase

Hari ni hari terakhir Abang Ilham menuntut ilmu di PASTI Ar-Rahman 1. Maka berakhirlah aktiviti Ummi pusing kampung setiap pagi menghantar Abang Ilham ke sekolah dihujung kampung.

029b8781-7300-4909-a4b0-aac8c6adadf6

Gambar ni Cikgu Akma share di group. Nampak tak tu Abang Ilham. Masing-masing bawa bekal balik rumah. Dalam beg tu ada t-shirt kelas 6 tahun, sijil PASTI, buku rekod pencapaian dan makanan (nasi impit & kari daging nenek.. Ummi yang makan.. sedap!)

20171123_131830

Kebetulan hari ni Mama Cu busy jadi Ummi yang ambil Ilham. Sempat juga Ummi ajak Ilham dan kawan-kawan bergambar dengan Cikgu Akma dan Cikgu Rozi. Penat dah Ummi suruh Abang Ilham tengok kamera, hmmmm tak ada harapan.

20171123_132016

Ummi pun nak juga wefie dengan cikgu-cikgu buat kenangan. Insha Allah rutin pusing kampung akan disambung tahun 2019 versi Muhammad Ilham Syamil pula. Harap cikgu-cikgu PASTI sudi terima seorang lagi Ilham menuntut ilmu di sini.

20171123_142203

Alhamdulillah, dari merangkak membaca sekarang dah laju. Semakin bertambah ilmu hafazan surah-surah dan hadith syukur alhamdulillah. Mudah-mudahan ilmu yang ada dpat Ilham praktikkan sepanjang hayat. Banyak benda Abang Ilham belajar di PASTI. Asbab Ummi masukkan sesi 1 (pagi) bersambung sesi 2 (petang) Abang Ilham dah pandai makan sayur walaupun kat rumah dia reject sayur Ummi masak tapi kat sekolah dia makan penuh redho. Ini feedback Ummi dapat dari cikgu.

Terima kasih yang tak terhingga untuk Cikgu Akma, Cikgu Rozi dan Cikgu Nina. Walaupun hanya setahun tapi banyak dah jasa cikgu-cikgu pada Ilham Syahmi. Hanya Allah saja yang mamou membalasnya. Didoakan semoga cikgu-cikgu diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah. Mohon halalkan segala ilmu yang dicurahkan. Maaf andai ada kekurangan dari pihak Ilham Syahmi, Ummi dan Babahnya. Semoga PASTI terus melahirkan generasi celik Al-Quran.

Related Posts

2 thoughts on “Hari Terakhir Abang Ilham di PASTI Ar-Rahman 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!