Foods Review

Nasi Goreng Gearbox Sedap Di Restoran Daun Mazz Taman Setia Tropika

Minggu lepas tetiba Babah ajak kami JJCM ke sini. Nak cuba nasi goreng gearbox katanya. Ummi tanya mana Babah tahu kat sini ada menu ni? Babah kata kawan dia yang share. Jadi lepas Babah balik kerja kami pun teruslah ke Restoran Daun Mazz, Taman Setia Tropika. On the way tu sempat la Ummi jengah facebook page restoran ni sambil jengah-jengah menu yang ada.

20171027_214258

Jauh? Ya memang jauh la dari Gelang Patah. Tapi demi mengisi perut dan mencuba menu sedap kami teruskan hehehe. Walaupun ada kesesatan sikit ekeke.

20171027_214555

Stall untuk yang nak mencuba Mazz Yong Tau Fu.

20171027_214606

Saja lah Ummi nak mencuba. Cekut la sikit-sikit. Ok jom tengok apa yang kami order untuk makan malam empat beranak.

20171027_215210

Pelam Blend sedap likat RM7 tak silapnya.

20171027_215308

Fresh orange Babah.

20171027_215145

Nasi goreng gearbox untuk Ummi dan Babah. Sedap uolls. Tak rugi jalan jauh nak dapatkan sepinggan sorang hahaha. Sepinggan RM10.

20171027_220955

Nasi lemak kukus ayam dara untuk The Ilhams. Ummi jamah-jamah sikit je. Sedap ayamnya. Sambalnya pun sedap. Sepinggan RM8.

20171027_220927

Yong tau fu ni Ummi tak ambil bahan yang banyak. Takut tak tersumbat dalam perut. So far yang Ummi rasa kuahnya sambalnya not bad.

20171027_221329

Makanlah kami empat beranak walaupun masing-masing buat perangai.

20171027_221345

Kejap gaduh kejap baik. Memang hijau biru muka Ummi. Siap merajuk bagai la si Abang Ilham tu. Overall, puas hati la makan kat sini, menu yang kami pilih sedap dan recommended. Kalau dekat mesti kami selalu datang hehehe. Korang yang ke JB tercari-cari port nasi goreng gearbox sedap boleh cuba di sini ya. Boleh rujuk address kat bawah ni. Selamat menjamu selera!

RESTORAN DAUN MAZZ

Alamat:

No 11 Jalan Setia Tropika 1/17
81200 Kempas, Johor.

**Berhadapan stesyen minyak petronas.

No. Telefon:

019-7196066 > Abang Zakey
019-7743396 > Kak Nonie

Facebook: Restoran Daun Mazz

Share this nice post:

Comments

comments

1 thought on “Nasi Goreng Gearbox Sedap Di Restoran Daun Mazz Taman Setia Tropika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *