Foods Review

9th Wedding Anniversary Celebration at Pots & Pans Cafe Johor Bahru

Cerita cuti Deepavali. Siangnya Ummi gigih masak nasi minyak sempena wedding anniversary. Ingatkan petang nak repeat menanak nasi minyak memandangkan lauk ada lagi, tapi Babah kata tak payah sebab Babah nak belanja makan luar. Puas juga Ummi search lokasi makan sedap sekitar JB. Akhirnya Ummi pilih Pots & Pans Cafe.

Pertama kali ke sini. Lokasinya di Japan bukit Medrum, JB bersebelahan dengan Hotel Suria City. Baca review macam best. Jomlah kita try.

Main entrance. Nampak kecil je cafe nya. Masa kami sampai tak ramai orang. Cafenya cantiknya, dekonya simple je tapi menarik dan kreatif.

Sementara menunggu menu yang kami order sampai haruslah bergambar 4 beranak. Hmmm dua-dua tak bagi kerjasama.

Abang Ilham tu macam nak kena cubit je hahaha. Geram tau asyik tutup muka.

Ummi ajak diorang bergambar kat sini pula. Walaupun diorang dah explore kawasan ni terlebih awal.

Geramkan tengok Abang Ilham tu.. haha. Pasghah Ummi tau.

Makanan dah sampai apa tunggu lagi. Jomlah kita menikmati hidangan pilihan.

Mango Special (small) RM5, Asam Boi Special (small) RM5. 

Yang mango tu Ummi punya, sedap ada nata de coco dan sehiris tembikai. Ada tiga pilihan saiz Ummi ambil saiz kecil. Mango tu dari kordial diblend dengan ais. Kalau pure fresh mango lagi meletop rasanya. Asam Boi Special tu Babah yang punya. Saiz kecil juga dan sedap.

Spicy Chicken Wings RM14.90

Menu ni Ummi orderkan untuk anak-anak. Memandangkan dorang suka kepak ayam. Walaupun untuk diorang Ummi Babah pun tumpang sekaki. Ya ampun sedap uolls. Serious sedap macam terasa lagi lalu kat tekak. Rasa crunchy and spicy. Sosnya pun sedap. Babah pun kata sedap. 

Lamb Chop Pasta RM23

Yang ni Babah punya. Serious sedap sehingga menjilat jari. Menyesal Ummi tak order menu yang sama hahaha. Padahal walaupun Babah punya Ummi tumpang sesudu dua juga hehe. Memang ngamlah rasa dia.

Meatball with Mashed Potatoes RM15.90

Yang ni Ummi punya. Ehhh apasal semua sedap ni. Rasa macam worth every single cents gitu. Memang sedap-sedap belaka.

Pots & Pans Fried Rice RM7

Ini untuk Abang Ilham share dengan Syamil. Ummi order nasi goreng. Alhamdulillah tekak Abang Ilham dah boleh la terima nasi goreng. Kalau tak jangan harap dia nak layan.

Overall, memang puas hati la makan di Pots & Pans ni. Semua makanan sedap (pada tekak Ummi) dan pada Ummi harganya sangat berpatutan. Korang kalau bingung tak tahu nak makan kat mana kalau ke Johor Bahru, atau korang memang orang Johor yang kebuntuan nak cari port makan sedap bolehlah cuba menu-menu di sini ya. Memang recommended!

Boleh follow social media Pots & Pans.

Facebook – Pots & Pans Cafe

Instagram – @potsnpanscafe

Call for booking – +601112133651

Share this nice post:

Comments

comments

2 thoughts on “9th Wedding Anniversary Celebration at Pots & Pans Cafe Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *