Dari Dapur Hernee Nazir

Cara Masak Pekasam Ikan

Saja nak kongsi cara masak pekasam ikan/ ikan pekasam. Rasanya kebanyakan surirumah masak cara yang sama.

Cara Masak Pekasam Ikan

Keluarkan seekor pekasam ikan gelama. Tak perlu dicuci ya. Biarkan beras yang melitupi badan ikan tu digoreng sekali.

Ummi suka bawang banyak, jadi Ummi ambil sebiji bawang besar dan potong mayang. Cili padi Ummi 2 tangkai dipotong mayang. Cili padi ni pedas gila jadi potong tak banyak.

Mula-mula gorengkan ikannya saja dahulu. Gambar goreng ikan sahaja mana entah hehehe. Lepas ikan dah masak dan garing, barulah masukkan bawang dan cili padi goreng sehingga layur.

Taraaa dah siap dihidang dalam pinggan. Ya ampun sedapnya makan dengan nasi panas. Serius hoi memang bertambah nasi. Lupakan diet kejap hehehe. Menaip ni pun menjejes air liur. Kat rumah ada stok tinggal sekor je lagi ni. Haruslah kena dapatkan stok dari Mak Ijan Resources.

Korang nak rasa pekasam ikan gelama yang sedap ni jangan lupa boleh order dengan Mak Ijan Resource (Ayu) 017-2803740 / 018-7760320.

Share this nice post:

Comments

comments

1 thought on “Cara Masak Pekasam Ikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *