Filem Bisik Pada Langit

Blogger Review

bisik pada langit.jpg

Dua hari lepas Ummi tengok trailer filem Bisik Pada Langit yang di share oleh kawan sePTP, Puan Q. Baru tengok trailer je dah berjurai air mata kalau tengok full movie mahu bengkak mata Ummi ni. Aduhaiii.. sedih sangat. Sebab tu arwah mak panggil “Mak Neng” gembeng macam pelakon Neng Yatimah berlakon cerita sedih-sedih hehehe.

Sinopsis Filem Bisik Pada Langit

Ia berkisarkan tentang keluarga Rosli, seorang bapa yang mahu melawat anaknya yang kemalangan di luar negara. Namun niatnya telah menimbulkan tentangan daripada ahli keluarga lain kerana mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi. Tanpa Rosli sedari, niatnya telah menjadi punca kepada pergaduhan mereka sekeluarga.

Bahasa: Melayu
Sarikata: None
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 21 September 2017
Genre: Drama
Durasi: 1 Jam 24 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Fadilah Mansor
Pengarah: Kabir Bhatia
Format: 2D

Credit info: Cinema Online

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari filem ni. Antara yang memang jelas nampak dari trailer ni ialah jangan pilih kasih dengan anak-anak, kena terima qada’ dan qadar walau di mana pun kita berada kalau Allah kata sesuatu tu akan jadi ianya tetap terjadi. Fuhhhhh tak sabar nak tengok full movie.

Korang yang rajin nak layan movie boleh la ke panggung wayang bermula 21 September 2017 ni ya. Ummi tengok nanti bila dapat redeem movie dari Uncle Nazam hahaha.

Related Posts

5 thoughts on “Filem Bisik Pada Langit

  1. hi geng air mata..ehhehe..kalau dapat redeem daripada uncle nazam..share ya..hahahhaha..nk ke wayang mmg tak dapat la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!