Media Invitation | Exclusive Media Premiere of THE LEGO NINJAGO MOVIE!

Media Invitation | Exclusive Media Premiere of THE LEGO NINJAGO MOVIE!

image001.jpg

Cerita hari Sabtu, hari yang dinanti-nantikan oleh The Ilhams bila Ummi bagitahu yang Ummi dapat tiket free dari Legoland untuk Exclusive Media Premiere of THE LEGO NINJAGO MOVIE. Masing-masing menjerit gembira almaklumlah sejak dengar iklan soalan pasal Ninjago je bermain kat bibir diorang.

20170923_104549-01.jpeg

Dalam jam 10.40am kami sampai di AEON Bukit Indah dan terus menuju ke TGV Cinema di aras 3. Masa tu terpusing-pusing lagi mencari bayang Eda – Kisah Si Dairy dan mencari meja kaunter pendaftaran untuk redeem tiket. Bila dah nampak bayang Ms. Chloe dari Legoland terus je la kami beratur di kaunter.

eda.jpeg

Sempat wefie kejap dengan Eda. Acara wajib kalau berjumpa hehe.

Alhamdulillah rezeki anak-anak dapat lagi dua tiket extra.

Sebelum bermulanya movie marilah kita posing anak-beranak.

Macam-macam gaya ada.

Thanks Aunty Eda tolong snap gambar kami empat beranak.

Excited ninja-ninja Ummi ni nak tengok movie.

Movie start memasing fokus. Mula-mula tengok Jackie Chan yang muncul Abang Ilham dah tak senang duduk. Dia ingat movie ni orang je yang berlakon. Dia duk membebel, mana legonya. Itu intro je nak oi. Sabar boleh sabar hehehe.

Eh sekejap sorang bangun. Kejap sorang lagi bangun. Ummi tahu dorang tu nak ikut gaya ninja tu. Tapi malangnya suasana gelap. Tapi suara Abang Ilham memang kerap le terdengar tanya itu ini kat Babah.

Adik yang beriya mengantuk tadi dah segar bugar.

Syok-syok Ummi layan movie eh budak ni dah tak larat. Dah tak boleh buka mata dah. Akhirnya tewas minta ngempeng hehehe.

Nasiblah dah hujung-hujung movie. Kalau tak konfem dia frust hahaha.

Sebelum keluar dari hall ajak Eda wefie sekali lagi.

Curi snap gambar double Babah ni hehehe. Babah berbual sampai tertutup mata hahaha.

Last beb.. last ni hehehe. Walaupun gigih mendukung ninja ice yang tidur tu hehehe.

Abang Ilham ni sempat lagi nak singgah sini. Babah dah keluar dah malas nak tunggu. Ummi bagi la peluang jamah duduk kejap pun jadi la. Lepas habis movie terus la kami ke rumah pengantin.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=F5JV3nVOLMA&w=560&h=315]

Nahhh.. sebelum korang menonton full movie, tengok Trailer The Lego Ninjago Movie ni dulu ya hehehe. Sambil-sambil tu baca sinopsis. Filem ini sangat sesuai ditonton seisi keluarga kerana ianya mempunyai nilai kekeluargaan yang tinggi. Ia juga memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan menguji semangat jati diri dan kekuatan diri masing-masing serta memupuk sifat yakin pada diri sendiri. Part hujung tu ada la scene yang touching sikit.

Filem animasi berjudul “The Lego Ninjago Movie” ini merupakan filem yang menceritakan tentang kisah enam sahabat yang bernama Lloyd, Jay, Kai, Cole, Zane dan Nya yang dilatih oleh Master Wu (Jackie Chan), seorang ahli bela diri untuk menjadikan mereka ninja yang mempertahankan sebuah kota yang bernama Ninjago. Di Kota Ninjago ini terdapat pertempuran sengit antara Lloyd (Green Ninja) & sahabat yang mana mereka harus melawan Garmadon (Justin Theroux). Garmadon merupakan ayah kepada Lloyd yang berperwatakan jahat. Pertarungan antara Lloyd & sahabat ninjanya dengan Garmadon sangat menguji mental mereka.

********************************************************************************

The battle for NINJAGO City calls to action young Master Builder Lloyd, aka the Green Ninja, along with his friends, also secret ninja warriors. Led by Master Wu, as wise-cracking as he is wise, they must defeat the evil warlord Garmadon, who also happens to be Lloyd’s dad. Pitting father against son, the epic showdown tests these fierce but undisciplined modern-day ninjas as they learn to check their egos and pull together to unleash the inner power of Spinjitzu.
 
Release dateSeptember 22, 2017 (USA)
LanguageEnglish

Happy watching uolls! Thanks Legoland.. nanti invite la Ummi lagi ya hehehe.

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. assalamualaikum hernee…bestnya kalau dpt join hari tu mesti dpt jumpa eda n hernee…

    • Hernee Nazir

      waalaikumussalam mama..aah kan kalo tak dapat dating dgn mama..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *