DDHN – Menu of The Day 220917

Dari Dapur Hernee Nazir

Menu cuti Awal Muharram. Menu bercelaru hahaha. Ummi acah-acah tekak orang Korea, tapi anak-anak memang tekak orang Melayu sejati. Jadi Ummi kena masak menu yang kenepati citarasa semua.

Menu acah-acah Korea Ummi.

Tak lain tak bukan, daging pedas ala Korea versi Ummi Ilhams. Jangan comparekan dengan versi Korea betul-betul tau hehehe. Dari pagi Ummi defrozekan daging korban ni. Terus siapkan bahan-bahan untuk perapan.

Bahan-bahan dah siap dibubuh dalam mangkuk bersama daging.

Dah siap semua digaul. Boleh diperap dalam sejam dua. Biasa Ummi perap malam sebelum masak. Tapi yang ni perap sejam lebih je. Itu pun rasa jenuh jak tunggu hahaha.

Nak tengok resepi penuh klik link tu ya.

RESEPI DAGING GORENG PEDAS ALA KOREA

Lauk Ummi seterusnya, kimchi. Stok kimchi ni dah tinggal sikit dalam peti sejuk. Nampak ok lagi Ummi bedal jek lah. Kalau sakit perut pun ummi sorang je yang terlibat hahaha. Makan nasi panas berlaukkan daging tadi tu dengan kimchi. Nyummmssss! Babah pun layan je daging tu.

Lauk anak-anak dan sampingan lauk Babah, ayam masak lemak tak bercili dan berapi. Syamil pun dah jangkit suka ayam yellow ni. Ilham masih suka cuma ada slow sikitlah permintaan dia berbanding dulu. Kalau boleh hari-hari nak ayam yellow.

Next ikan kembung goreng tepung. Bercelaru sungguh Ummi korang ni hahaha. Semua seafood nak di bestarikan hahaha. Ummi goreng ikan kembung ni dengan tepung serbaguna bestari yang pedas. Rangup tepungnya tu.

Alhamdulillah kenyang dah. Sempatlah siap masak sebelum hero-heri ke masjid. Mata berat dah ni tapi banyak benda lagi nak buat. Projek petang ni nak buat “Smoothie Beri” malam kita buat “Overnight Oat Beri” dan macam ada ciri-ciri nak buat “Pancake with Beri Sauce”. Ummi dah sesiap buat ais sendiri tu. Tak sabar nak buat kejap lagi. Kenapa semua beri? Haaaa ada la tu sebabnya hehe.

Stay tuned ya!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!