Thursday’s Lunch – Mencuba Sup Gear Box & Sup Gunting

Foods Review Geng Makan

Hari ni seperti yang diceritakan semalam, Ummi and the gang repeat lagi ke Kedai Makan MakDak Esah di Kg. Tiram Duku. Kali ni Ummi nak cuba aneka sup pula. Orang lain nak makan asam pedas i don’t care hehehe. Dari pukul 12pm cuba call kekonon nak sampai je terus makan hahaha. Sekali bergilir-gilir ringtone makcik menyanyi tak ada jawapan. Lagu putih-putih melati.. tukar lagu kuch kuch ho ta hei pun makcik tak jawab. Ummi is pasrah. Nasib Ummi tak menari hindustan kat office tadi. Makcik is tooooo busy nampaknya. Marilah kita terjah je. Sampai-sampai orang penuh hoiiii. Ehhh, toleh kiri toleh kanan orang PTP. Ni kantin PTP ke macamana ni? hahahaha.

Walaupun orang penuh posing tetap posing no matter what happens hahaha. Hari ni Babah join. Kalau kali kedua pergi sini tak ajak Babah, Ummi terasa seperti menderhaka hahaha.

Meja sebelah pun ada orang baru, Azim join sekali. Hari ni 3 orang makan asam pedas dan 3 orang lagi makan sup.

Lepas Ummi tolong pilihkan ikan sembilang Babah, Ummi pun ke kaunter sup. Nyumsss. Kalau korang nak makan sup, kena timbang dulu ya isi-isi bahagian pipi, daging dan tulang ni. Untuk gear box tak perlu timbang. 1 set 3 ketul gear box tu harga Ummi lupa, dengar tadi macam RM10.

Oleh kerana tak pernah makan pipi lembu, jadi marilah kita cuba hari ni walaupun Ummi macam terbayang pipi si lembu yang hidup tu ahahha. Padahal tak ada beza pun dagingnya tu, cuma daging pipi ni banyak yang kenyal-kenyal. Memang favourite Ummi la kalau daging jenis macam tu. Dah siap timbang dah tu, bahagian pipi 80gram RM6.

Sup gear box Ummi dah sampai, tak perasan ada 2 ketul, syok la simbah sambal kicap sambil hirup. Cari-cari mana pipi ni tak ada. Rupanya pipi mangkuk asing dan yang mangkuk ni ada 2 gear box. Ehhhh kan Ummi nak satu je. Babah kata tak pe lah makan je. Sekali baru teringat da 1 set tu kan ada 3 gear box. Haaa meriah kata ko. Sedap juga sup gear box dan pipi tu. Ditambah pula dengan sambal kicap fuhhhhh meletop pedas dia. Dah la struggle nak halau lalat, struggle nak tahan pedas kahkahkah. Sampai Ummi lupa nak snap asam pedas Babah hahaha.

Memang haru sikit nak makan sambil halau lalat ni. Nak marah haiwan, nak tampar pipi lalat tak nampak mana pipinya. Jadi Ummi pasghah lagi, marilah kita ambil tisu dah selubungkan gelas hahaha. Mungkin teori Yap semalam boleh dipakai. Babah kata maybe kawasan tepi jeti ni ada ikan yang mati ke apa tu lalat meriah. Ohhh hari ni Ummi kecewa nak minum air kedondong, tapi kedondong habis. Alternatif lain kita tukar sikit apple asam boi pun sodap hehehe. Ok penat bebel, kepala pening.

Esok cuti, tapi Ummi ada tugasan products review yang perlu disiapkan. Semoga malam ni dapat stay up. Ecehhh. Petang kita beriadah main netball walau tak handal. Balik kita masak daging masak lomak cili api. Itu angan-angan sekarang, insha Allah kalau tak berubah itulah menunya malam ni.

p/s Tetiba teringat ada makcik sorang tu tadi.. konfiden cakap dia makan ikan jenahak. Padahal dia tak sedar dia dah bedal ikan sembilang.. hmmmm Eqa.. Eqa.. u bajet u hot u tak kenal ikan tapi ikan kenal u ke? hmmm.. konfiden tu bagus Qa.. tapi ni over confident hahahaha.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!