DDHN – Menu of The Day 200917

21/09/2017

Menu malam ni, plan asal daging masak lemak cili api hanya tinggal kenangan hahaha. Oleh kerana kepala Ummi sakit yang amat, macam nak hantuk ke dinding jadi Ummi buat keputusan untuk masak mee je.

Maka terhasillah Mee Goreng Ummi Ilhams hahaha. Tengah masak nenek, mami, mama cu datang. Nenek jadi mangsa tolong picit kepala Ummi. TQ Nenek. Fuhhh lega sikit wehhhh. 

Ilham kata “Terima kasih Ummi masak mee besar-besar ni.. ilham tak suka mee petak-petak” hahahaha. Mee petak-petak tu kue tiaw. Dia tak suka la kononnya. Ye la tu.

Menu tambahan ayam goreng tepung bestari. The Ilhams dah tak sabar nak makan. Ummi tunggu Babah balik baru la Ummi makan sama-sama. Tak syok wooo tak makan sama-sama kan. Sarapan pagi esok kita makan keropok lekor Nenek bagi ya. Dah Ummi nak berehat bagi sakit kepala lega. Sebelum tidur Ummi nak telan B-Complex dan Ostematrix untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: