Bean Boozled Challenge Versi Ummi Ilhams & The Gang

29/08/2017

Cerita semalam.

Bean Boozled Challenge versi Ummi Ilhams & The Gang (Gonjol). Dah berminggu-minggu ditangguh. Sebab Ummi medical leave la apa la. Akhirnya semalam lunch hour kami berjaya juga buat challenge ni. Sila jangan kecam ya, saja je nak enjoy-enjoy. Quality time dengan kekawan.

Gambar sebelum kemain semua excited tak menyabar kan. Ikut plan nak buat sebelum makan. Tapi kami dah termakan tengahari dulu. Pasghah je la kalau terkeluar semula isi perut hahaha.

Jom tengok video ni.

Huwaaaaa.. nyaris tak terkeluar isi perut Ummi. Baru lepas makan lunch box Korean Food pulak tu. Rasanya dalam banyak-banyak tu sekali ke dua je kot dapat yang sedap. Merah padam muka nak tahan muntah hoi. Orang lain duk ter “uwek-uwek” tapi si Wan Zul ni relax je. Semua dia bedal. Boleh pula dia kata “ok je” “tak de apa”. Kebal sungguh tekak ko kan Wan.

Si Eqa pun macam dua kali lima dengan Wan. Boleh je telan semua, tapi ada juga yang terkucil. Noni pun lebih kurang Ummi hahaha. Yap? Hmmm.. ingat dia handal sangat. Uwek-uwek juga kahkahkah. Berkerut muka ko kan. Nak sangat rasakan! hahaha.

Yang ni paling tak boleh blah. Ini kerja Suhana kahkahkah. Sampai termuntah kat atas kerusi hahaha. Nasiblah kerusi dah reject. Kalau tak jenuh nak mencuci hahaha.

Muka selepas kejadian. Kekonon bergambar dengan pemenang Bean Boozled Challenge.. siapa lagi pakcik larong Wan Zul. Senang hati dia mengunyah. Jiwa askar wataniah kental sebab kalau darurat kena makan katak ke ular hahaha. Lepas dah minum banyak air pun rasa melekat kat mulut euwwww.

Itulah cerita Bean Boozled Challenge versi Ummi Ilhams & The Gang. Next time kita buat challenge lain pula ya kawan-kawan.

Share this nice post:

3 Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: