Ramadhan 2017 – Day 15

11/06/2017

Menu Ramadhan hari ke 15 semalam. Malam tadi dah kepenatan tak sempat nak update blog hehe. Semalam kami ada tetamu lagi berbuka di rumah. Siapa lagi kalau bukan Mama Jijie, Uncle Epy dan 3F. Tak dilupakan Babah pelawa Acu Nuar berbuka  kat sini juga.

Menu utama kami..

Laksa Johor by Ummi Ilhams. Gigih dari pagi kentung kentang kat dapur. Yang peliknya time puasa rajin buat laksa time tak puasa malas hahaha.

Suka makan Laksa Johor tapi bercinta sungguh nak sediakan bahan-bahannya hahaha. Alhamdulillah sempat juga laksa siap sebelum tetamu sampai hehehe. Dalam gambar ni tercicir limau kasturi hehe. Nasib Mommy Ngah ingatkan haha.

 
Next menu, Abang Ilham request nak ayam macam dalam kartun. Ummi nampak ayam tu macam ayam BBQ jadi Ummi marinate lah ayam pagi semalam.

Murtabak Cheese Daging Acu Adik (Murtabak Marni) tak pernah tak sedap.

Heaven betul dapat makan Durian Crepe dari Auntie Ikien Teeny Tiny Kitchen ni. Montok sekali DC nya. Isi durian tu sedap yang amat.

Anak-anak dah tak hirau dah mak ayah. Diorang main kat atas. Mak-mak macam-macam nak dibualkan siap tenyeh lipstick hahaha.

Ayah-ayah dah puas berbual, makan untuk second round katanya. Alhamdulillah, rezeki semalam dapat dikongsi bersama. Hari ni Ummi plan nak masak ayam red, labu masak lemak dan jambu batu simbah kuah rojak tapi Babah kata tak payah masak Acu Nuar nak ajak buka luar. Ehhhh.. ehhhh.. dapat cuti masak la pulak hehehe. Eh cuti apanya.. pepagu dah masak untuk anak-anak makan. Mak-mak ni mana la ada cuti kan hehe.

Oklah nak bersantai kejap.

Share this nice post:

2 Comments

  • maszull

    12/06/2017 at 9:34 am

    assalamualaikum hernee…wah !! sedapnya tengok laksa johor tu…buat terliur jer tengok…

  • Mar

    12/06/2017 at 3:51 pm

    terliur tengok laksa johor
    JanjiKita

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: