Ramadhan 2017 – Day 3

Dari Dapur Hernee Nazir Ramadhan Al-Mubarak

Hari ke 3 berpuasa, alhamdulillah. Balik kerja 4.30pm pilih option 1 masuk office jam 8am balik 4.30pm. Weekdays Ummi redho je la berbuka sorang ditemani 2 hero kecil. Babah berbuka di office. Oleh keran berbuka sorang Ummi pilih menu ringkas all in one tak payah masak banyaj lauk hahaha. Malas betul.

Paprik ayam, sotong dan udang. Suka hati gabungkan darat dengan laut. Sila jangan contohi Ummi Ilhams. Paprik ni simple je nanti Ummi share resepi. Selaij tu lauk pembuka selera samnal tempoyak ikan bilis dan daun kayu kegemaran.

Goreng 5 ketul karipap frozen beli dengan member PTP. Berangan masa goreng kan dah ireng. Ilham nak “keripap” tapi Ummi kata nanti tunggu Ummi berbuka. Terpaksalah Ummi sorok dulu karipap daging tu, kalau tak konfem karipap tu jadi togel dia kerjakan haha.

Sagu gula melaka yang sedap air tangan Ikien Teeny Tiny Kitchen. Dia tag kat FB tadi, terus Ummi order 2 mangkuk hehe.

Itu je menu berbuka Ummi hari ni. Babah berbuka apa agaknya kat office tu. Tunggu dia balik kerja baru kita interview hehe.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!