Sambal Tempoyak Sedap Keluaran Sufi’s Food

Products Review

Scroll FB Kak Seri (geng JDT Blogger) memang tak pernah tak meleleh air liur. Ada je gambar makanan yang dia post. Gambar tu dah cukup menggambarkan kesedapan makanan tu haha. Bila Kak Seri tayang sambal tempoyak aduhaiii memanggil-manggil nak beli. Semalam sambal tempoyaknya dah pun selamat sampai. Sekali Ummi beli 1 set terus, ada sambal tempoyak ikan bilis dan sambal tempoyak daun kayu.

P_20170503_174256_vHDR_Auto

SAMBAL TEMPOYAK SUFI’S FOOD
”Asli tepu.. sedap tak tipu!”

Memang sesuai sangat tagline tu tau. serius memang sedap.

P_20170503_174304_vHDR_Auto

Sambal tempoyak daun kayu ni first time cuba. Ada memacam daun dalam tu.

P_20170503_174312_vHDR_Auto


Sambal tempoyak ikan bilis memang meletop.  Dulu tak pernah suka pun makan tempoyak bagai ni. Rasa pelik ada ke durian nak makan dengan nasi. Sekali BFF Ummi, Aien bawa balik hostel sambal tempoyak ikan bilis Ummi dia buat, haaaaa baru kau tahu erti penyesalan. Sedap sampai tahap menjejes air liur kalau terbayang tempoyak ikan bilis hahaha.

P_20170503_200509_vHDR_Auto

Sampai je rumah semalam, masak nasi pun belum Ummi dah cuba sambal tempoyak ni. Jamah kekonon satu sudu setiap jenis. Sekali masuk mulut ya ampun. Sedapnya la hai. Berapi mulut. Walaupun masak lambat tapi semangat nak makan nasi panas berlaukkan sambal tempoyak membuak-buak. Nasib baik Babah balik kerja pukul 8 lebih dah siap masak hahaha.

20170503_205801

Babah da anak-anak makan lauk asam pedas ayam dan telur mata lembu. Ummi makan tu ha yang kat atas tu. Nasi panas, sambal tempoyak ikan bilis dan sambal tempoyak daun kayu ditambah ikan bilis goreng untuk impak krup krap hahaha. Ya Allah nasib mak mertua i tak lalu belakang ke tepi ke depan ke lah. Kalau tak konfem i tak perasan ekeke. Sedap hoiiii. Bukan sepinggan tapi berpinggan-pinggan makan. Taip ni pun sambil ngences. Babah tengok Ummi laju makan sambil menikmati setiap titis tempoyak, eh dia pun cubalah. Tapi tak keluar pula ayat sedap ke apa sebab dia memang tak suka termpoyak kahkah. Bila Ummi cakap sedap kan? Dia buat muka takde perasaan hahaha. Sedap le tu. Eh tak pe lah kalau Babah tak suka. Syok je Ummi makan sesorang ekeke. Petang nak cari udang dan petai lah, udang petai masak tempoyak sedap juga kan. Meleleh air liur.

Korang kalau teringin nak order boleh whatsapp Kak Seri ya.
012-7844524

Harga Promosi sehingga 1 Ramadhan :

Sambal Tempoyak Ikan Bilis RM18
Sambal Tempoyak Daun Kayu RM18

Harga 1 set (Bilis dan Daun RM35)

Caj penghantaran RM5 (Johor Bahru sahaja)
Boleh dibeli secara online dengan harga pakej RM50 (termasuk postage)

Nak cuci mata sambil dengar bunyi perut kriuk-kriuk boleh buka blog Kak Seri Nerd smile
https://sariyusa.blogspot.my/

Related Posts

11 thoughts on “Sambal Tempoyak Sedap Keluaran Sufi’s Food

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!