Lunch Di Warung Mee Udang, Kg. Tiram Duku

27/04/2017

Dari semalam plan nak makan kat Warung Mee Udang ni. Rasa dah berzaman tak ke sini. Tapi semalam Pakcik Wan ni lambat pula siap bunkering. Jadi kami tak sampai hati la nak kecurkan dia sorang. So plannya hari ni lunch di sini. Jam 12 lebih siap-siap order, senang tak buang masa menunggu makanan. Rehat pun sejam je bukan lah lama sangat pun.

P_20170427_131945_vHDR_On

Kami semua satu office kecuali yang baju putih tu ha department lain. Kesian dia, tu yang Ummi ajak dia makan sekali tu ekeke.

P_20170427_132353_BF

Apasal lah peloles sangat Ummi Ilhams tu kahkahkah. Masing-masing dah nak suap makanan tapi terhalang dek seorang blogger yang nak snap gambar hahaha.

P_20170427_132031_vHDR_On

Babah, Yap dan Kak Leen makan nasi goreng kampung. Menu sini semua berudang.

P_20170427_132119_vHDR_On

Ira request nak Maggi Goreng, tapi maggi tak ada. So dia tukar Mee Hoon Goreng.

P_20170427_132131_vHDR_On

Ummi dan Wan Zul makan Mee Goreng.

P_20170427_132050_vHDR_On

Sambal Tumis Udang ni Babah punya. Oleh kerana terkecur Ummi pun order sepinggan. Sedap yang amat.

P_20170427_133122_vHDR_On

Air macam biasalah, semua suka Air Lemon Selasih jadi semua order air yang sama. Eh Ira terpaksa ikut kot hahaha. Tapi air kali ni macam terlebih gula dan terkurang lemon. Boleh potong kaki Kak Nora oiii hahaha. Lepas siap-siap makan marilah kita pulang ke pangkuan office.

Boleh baca entri review Warung Mee Udang di bawah

Foods Review | Bersarapan Pagi Di Warung Mee Udang, Kg. Tiram Duku

p/s esok geng makan Jumaat akan bersiaran di rumah pengantin.. makan nasi minyak free kita..

/

Share this nice post:

2 Comments

  • maszull

    01/05/2017 at 12:32 pm

    assalamualaikum hernee…wah !! mmg terbaik la…

    1. Hernee Nazir

      02/05/2017 at 10:59 am

      waalaikumussalam..meh dtg sini kita belanja..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: