PTP Safety Day 2017

21/04/2017

Cerita semalam PTP Safety Day 2017. Dah berapa tahun saya tinggalkan dunia safety day ni. Almaklumlah sejak masuk PTP tahun 2007, memang itulah rutin kami setiap tahun organise Safety Day. Sekarang dah ada team lagi hebat yang handle safety. Ohh miss the old days.

P_20170420_122720

Sebenarnya kami datang lambat, gimik untuk launching pun tak sempat tengok. Ada meeting jam 10am sepatutnya tamat pukul 11.30am tapi meleret bawa ke jam 12pm.

P_20170420_123401_BF

P_20170420_123410_BF

Inilah geng makan hehe walaupun gonjol lagi gonjeng tapi selesa berkawan dengan diorang.

P_20170420_123425_BF

Eh ada tambahan ahli pula, Encik John dari Facility Department.

P_20170420_123556

Dari awal bulan dah ada banyak safety, environment and health talk tapi satu pun tak join. Ada yang tak kena masa saya. Jadi tak dapatlah nak kumpul chop dan kupon untuk redeem goodies. Tapi Ummi tak putus asa ok, kita usaha masa safety day hehe.

P_20170420_123815

Mak dara dan anak dara orang kuat HSE aka geng jumaat.Lepas habis launching, collect chop dan redeem lunch box hehe. Lepas tu kami berusaha sedaya upaya terjah booth yang ada semata nak cukupkan 10 chop untuk dapatkan sekaki payung kahkahkah. Kalau dapat 15 chop dapat exclusive goodies payung dan t-shirt.

P_20170420_124431

Booth cycling.. nak dapat chop atau kupon kenalah bertanya ke apa kan.. hmmm soalan cepu emas yang keluar.. kenapa tayar basikal ni ada dua? kahkahkah. dapat satu kupon. tahniah.

P_20170420_124719_BF

Booth ni orang HR dah banyak bagi soalan.. Ummi menempel je. Nak bagi soalan banyak kesian orang tu haha. Booth ni ada fogging punya equipment & service tak silapnya. Ada extinguisher juga. Selit-selit dapat kupon. Ngelat betul hehe.

P_20170420_125607_BF

Next booth Jabatan Kesihatan, sementara tunggu giliran sempat lagi wefie dengan Kak Liza taukey kek hehe. Untuk booth kesihatan ni ada ujian untuk monitor carbon monoxide dalam darah, Smokerlyzer. Walaupun I am not a smoker, tapi di kelilingi oleh smokers tu yang saja ngetest.

IMG-20170420-WA0027

Ok turn Ummi, tarik nafas tahan dan bila ada bunyi ‘beep’ pada peranti tu baru hembus nafas sehabisnya.

IMG-20170420-WA0029

Hembus makcik hembus. Resultnya “2”. Gambar lupa nak snap. Maknanya “kurang dari 1% Karbon Monoksida dalam darah”. Semalam Ummi dikelilingi dengan udara yang berkualiti gituuuu.

P_20170420_125924

Ini graf bacaan untuk rujukan. Lepas tu menunggu pakcik berdua ni test.

P_20170420_130156

P_20170420_130309

Settled test dapat 1 kupon lagi yeay! Dah 4 kupon.

Next booth Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), macam biasa orang LPJ suka bagi word search .. crossword bagai. Nak senang dorang siap bagi tiru jawapan kahkahkah. Tapi awal-awal Ummi cari sendiri tau sebab memang suka buat words search haha.

P_20170420_130734

Siap word search dapat 1 lagi kupon hooraaaa.. hoorayyyy. Berpeluh ketiak weh nak dapat kupon 5 lagi fuhhhh. Masa ni Babah dah horaa horayy dulu balik office sebab dia dah dapat payung grrrrr.

P_20170420_131041_BF

Next booth Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mamat-mamat ni la yang tanya Ummi tak reti nak tanya bab dadah ganja ni hahaha. Dorang tanya kita kutip 1 kupon lagi yeay menjadikan kupon ke 6.

P_20170420_131229_BF

Sempat wefie dengan Kak Leen pulak.

P_20170420_131237_BF

Tak habis-habis nak bebel pakcik Nazame tu. Bodek nak dapat kupon lebih le tu.

Next booth fitness tak tau nak soal apa buat-buat tanya kat mana lokasi haha dapat kupon ke 7. Lepas tu booth sebelah booth apa entah lupa pula. Muka orang jaga booth pun dah keletihan dia kata ambil je la kupon kami dah penat yeay free kupon ke 8.

Next booth Bomba.. kalau hanya bertanya dapat 1 kupon.. kalau pakai uniform atau lain-lain boleh dapat 5 kupon. Masa tu mata dah blink-blink nampak kupon menari-nari kahkahkah. Siap paksa Yap pakai kekonon kalau dapat 5 nanti boleh usaha nak dapat eksklusif goodies kahkah. Akhirnya tak jadi pakai, abang Bomba baik hati bagi 2 kupon. Cukup 10 kupon kami. Tapi pelik je ni kenapa Ummi tak snap gambar booth-booth terakhir ni.

P_20170420_132117

Semangat ko mengira kupon haha. Shafiz HSE kata 9 pun dah boleh redeem yeay. so baki 1 kupon sedekah kat Kak Leen yang tak cukup lagi kupon.

P_20170420_132154_BF

Taraaa.. dah dapat sekaki payung. Berapa banyak nak kumpul payung entah. Babah pun dapat satu.

P_20170420_132222

Budak kecewa ke apa ni tak dapat t-shirt hahaha.

P_20170420_124446

Banyak-banyak gambar satu gambar Babah pun tak ada. tapi boleh pula ada gambar kaki Babah je kahkahkah. Ni mesti kes terlupa tutup kamera handphone sampai tersnap.

P_20170420_132419

Jengah ke sini ruangan menderma darah hoho. Saya takut jarum hehe. Memang tak pernah derma darah seumur hidup sebab darah sendiri tak cukup. Lepas tu kami masuk semula ke Cafe Cengkih semata-mata bergambar di main stage haha.

P_20170420_132844

Wakil dari Marine Services Department.

P_20170420_132858

Bagi peluang makcik-makcik HSE nak menyelit.

P_20170420_133006

Eh eh Ummi Ilham nak posing dengan payung dan lunch box. Banyak shot tapi ini jek yang terpilih hahaha. Rasa badan dah melengas berpanas mencari kupon 10 keping fuhh. Bukan la gila sangat nak goodies tu pun, saja beraktiviti dan support program department lain kan hehehe.

P_20170420_133013

Kecil besar je tengok orang yang sabotaj Ummi ni grrrrr.. Eh cantik tak palazzo baru Ummi tu? Nanti Ummi review ya Wafeeqa Palazzo dari The Palazzo Expert ni.

P_20170420_134125

Balik office buka lunch box. Ada macaroni, grilled chicken dan bayam makanan sihat katanya. Walaupun tak suka macaroni Ummi bedal jek lah berlaukkan grilled chicken dan bayam yang macam rasa daun inai haha. Bersyukurlah dapat makan free perut dah lapar.

P_20170420_134145_BF

Untunglah budak Benut tu mak bekalkan bento. Dapat la rasa lauk kacang botor goreng Mak Midah yang hot and spicy tu buat-buat tambah rasa.

P_20170420_135046

Tambahan roti bakar masa meeting pagi tadi dan kek coklat Kak Leen. kenyang perut walaupun macam tak kenyang lagi hahaha. petang sambung bedal roti gardenia cicah kuah kari haha.

Ok itulah cerita adventure kami nak dapatkan sekaki payung PTP Safety Day 2017. Harap makcik-makcik HSE baca entri ni, nampak tak usaha Ummi Ilhams nak support uolls nak jadi AJK i is malas hahaha. Dah penat bebel, kemana kita makan hari ni?

Boleh baca sini untuk kenangan PTP Safety Day masa Ummi masih bersama HSE Department.

Short Update: PTP Safety Day 2011
Kerahan Tenaga Sempena PTP Safety Day 2011
PTP Safety Day 2010 – Closing Ceremony
PTP Safety Day 2010 – Opening Ceremony
Safety Day ’09
Penat!!!!!!!!!

Share this nice post:

2 Comments

  • maszull

    22/04/2017 at 10:37 am

    assalamualaikum hernee…wah !! meriahnya…hepi semuanya nak dpt kumpul kupon tu…

    1. Hernee Nazir

      22/04/2017 at 11:46 am

      waalaikumussalam mama..hehehe tu lah..berebut2..

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: