Foods Review | Butterscotch N’ Co, Taman Daya

05/12/2016

20161105_182504

Butterscotch N’ Co

Address: No.29, Jalan Nibong 10, Taman Daya, Johor Bahru, Johor
Instagram – @butterscotchnco
07-364 6574

cerita berminggu2 lepas, lepas melawat pak beng di HSI, mama cu nak belanja makan. hmmm pucuk dicita ulam mendatang. dah dekat area taman daya ni dia ajak ke Butterscotch N’ Co. ummi bawa adik syamil je, abang ilham ikut babah. kami berempat je, ummi, syamil, mami ngah dan mama cu.

20161105_182456

20161105_182330

first time ke sini, nampak menarik kedainya. ayu kata sedap ikut je lah orang nak belanja.

opening hours – tuesday to sunday (3pm till 12am)
last order 11pm – close every monday

menu butterscotch

nama menu dia unik dan melucukan hehehe. kesian budak waiter tu kena kacau dengan kitorang. cuba baca tu, kreatif kan.

20161105_182355

sementara menunggu makanan sampai  marilah snap2 dulu. nanti kecil pulak hati orang belanja tak ambil gambar dia.

20161105_182410

ummi dan syamil. adik ni ok je, makan kurang memilih. kalau abang tu kena cari kedai makan yang ada makanan dia suka. haaaa gitu.

ok agak jenuh juga menanti makanan sampai. akhirnyaaaaaaaaaaa.

20161105_183230

Spagehtti Beef Bolognese Cepat Habis..memang betul cepat habis. syamil menjamah sikit jek hahaha. padahal niatnya nak bagi syamil. ummi minum chocolate ice blended Thumbs up mami and mama cu minum ice lemon tea. adik syamil minum air masak ummi bekal je.

20161105_185022

mama cu makan Chicken Grill Terpanggil-panggil.. memang sangat terpanggil2 nak makan hahaha.

20161105_185029

uumi dan mami ngah makan Lamb Chop Grill Tak Sempat Nak Tapau.. semput nyawa nak baca tajuk makanan. hahaha.

overall, spagehtti sedapppp.. chicken grill, lamb chop memang sedapppp. akak bagi 5 StarStarStarStarStar hehehe. gravvy dia sedap gila. puas hatilah dengan harganya. ummi ilhams ni memang peminat kambing jadi pantang nampak ada menu kambing itulah yang memikat hati hehehe. ok next time kalau terlalu sini bolehlah singgah lagi. suruh babah belanja ekeke. lepas makan kami terus berdezup balik ke rumah. hero2 dua orang tu dah menanti.

p/s tak sabarnya nak join blogger2 Johor untuk sesi Foods Review di Santana Santai Cafe, Batu Pahat. semoga urusan kami dipermudahkan.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: