sambungan dari sesi 2 dalam entri yang lepas. jam 2pm sambung semula sesi ke 2.
kali ni perkongsian pengalaman dan cabaran. perkongsian dari wakil2 majikan dalam menyediakan kemudahan bagi staf2 di premis masing2.
sebelum menanti majlis bermula, kita bergambar dulu. nasib ko la dik, tengah kemas2 kutip2 sampah kena jadi photographer geng mak jemah.
ummi ilham sempat lagi nak berposing.
mak jemah aka kak jeni kata dia nak bergambar kat tepi kerusi big mama. hahaha.
mak buyong punya pasal, kita bagilah peluang nanti ngences pulak baby kat dalam tu kan haha.
ummi ilham, mama effa, bonda jeni..
mommy fiza, ummi haya.. kamilah berlima mewakili kawan2 yang lain,
dari Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru.
tambahan, kak kam orang kuat MBfPC dan mentor kami dalam menjayakan penyusuan susu ibu.
ok lets focus!
majlis dipengerusikan oleh puan siti norjinah moin, pengerusi persatuan penggalak penyusuan susu ibu malaysia.
panel terdiri daripada YBhgia datin orked ahmad wakil dari maybank, puan intan wakil dari unilever dan puan romana nazreen wakil dari petronas.
ini adalah tiga contoh syarikat besar yang menyediakan kemudahan dan memberikan sokongan padu kepada ibu2 menyusu. bagus untuk dicontohi oleh syarikat2 lain.
sharing inisiatif dari maybank, maybank menyediakan bilik menyusu untuk staf2 wanita. yang bestnya maybank juga menyediakan nurseri untuk anak2 staf. untuk ibu2 yang menyusukan anak2, mereka boleh menyusukan anak2 semasa waktu rehat. wahhhhhh.. bestkan.
sharing inisiatif dari syarikat unilever, mereka juga menyediakan kemudahan bilik menyusu bagi staf2 wanita dan menyediakan portal bagi staf bagi maternity dan paternity support.
sharing inisiatif dari petronas. apa yang menariknya, puan romana sendiri adalah pejuang susu ibu dan dia yang memberikan cadangan kepada pihak pengurusan petronas untuk menyediakan kemudahan bilik menyusu untuk staf. kalau tak silap saya dia kata setiap level menara petronas disediakan bilik menyusu, wow! best2.
semoga semakin bertambah lagi majikan2 yang peka dan berusaha untuk menyediakan kemudahan2 bagi staf2 yang memperjuangkan susu ibu. harap2 pihak kerajaan juga lebih giat lagi menyebarkan ilmu2 penyusuan susu ibu ke seluruh negara. jom sama2 kita bantu ibu2 di luar sana.
membuak2 pulak hati saya nak bagi cadangan kat pihak majikan untuk menyediakan satu bilik khas untuk ibu2 menyusu di PTP. dalam masa yang sama misi utama saya nak spread breastfeeding knowledge among colleagues. setakat ni pun alhamdulillah tak kira siapa pun selagi saya mampu bantu menjayakan penyusuan susu ibu saya akan bantu.
sebelum menanti majlis perasmian dan menunggu VIP sampai. saya sempat meronda dan melawat pameran2 di luar dewan.
pameran bahagian pemakanan kementerian kesihatan malaysia.
pameran KKM contoh ruang menyusu di tempat kerja.
pameran dari permata.
pameran spa apa entah tak perasan namanya.
pameran pusat laktasi kebangsaan.
pameran dari Malaysian Breastfeeding Peer Counselor. (MBfPC)
tunggu punya tunggu punya tunggu.. barulah VIP sampai.
ucapan dari YB dato seri dr. s. subramaniam, menteri kesihatan malaysia.
ucapan dan pembentangan tema oleh YBhg dato’ dr. anwar fazal.
pengerusi emeritus world alliance for breastfeeding action (WABA)
ucapan perasmian oleh Ybhg datin paduka seri rosmah mansor.
gimik pelancaran. moh le mengetuk gong 3 kali dan persembahan multimedia oleh KKM.
persembahan sketsa dari jabatan O&G hospital kuala lumpur. nak gelak tengok bibik rambut kembang tu.
lebih kurang jam 6pm majlis tamat.
sempat ambil berkotak2 kuih muih untuk minum petang.
siap ambilkan untuk geng2 PC yang tak datang hahahaha.
buruk perangai kan.
lepas majlis geng mak jemah meneruskan misi ke IKEA hahaha.
nak makan meatball katanya, jadi redah jek lah. bukan senang nak dapat time berjimba dengan kawan2.
nak makan punya pasal, penat campur kepala pening tolak tepi.
licin pinggan suka hati. ehhh macam pantun dua kerat pulak hahaha.
makan2 kasi kenyang perut. pusing2 cuci poket sikit dan tapau untuk babah sikit.
dah moh le kita pulang ke pangkal jalan ye mak2. jam 10pm barulah kami bertolak balik ke rumah. sampai JB dalam jam 2am. fuhhhhhh. esok nak kerja hoiii. babah dan ilham dah siap2 tertidur tunggu ummi. bergerak dari skudai balik rumah sampai jam 2.45am barulah jumpa adik syamil yang tengah nyenyak tidur di rumah opah. sorry sayang ummi tinggalkan lama hari tu.
alhamdulillah pengalaman manis dengan geng2 PC JB.semoga ukhuwahfillah ini kekal sehingga akhir hayat.kawan2 semua sumber inspirasi saya untuk meneruskan perjuangan susu ibu. uhibbukifillah sista!
ibu2 jom kita sebarkan ilmu penyusuan susu ibu. sama2 kita berikan hak anak2 kita. semoga Allah sentiasa memberikan rezeki susu yang mencukupi untuk anak2 syurga kita. semoga ibu2 semua diberikan kesihatan yang baik untuk terus memperjuangkan misi menyusu anak dengan susu ibu sehingga usia 2 tahun. gagal sekali bukanlah bererti ibu2 gagal untuk selama2nya. dalamilah ilmu penyusuan susu ibu seawal kehamilan, insha Allah niat ibu2 itu akan dipermudahkan olehNya.
renung2kanlah Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”
jika ibu2 perlukan bantuan saya, saya sudi membantu.
#brestfeedingisfitrah
#breastfeedingissunnah