Ramadhan 2015 | Day 20 ~ 25

13/07/2015

alhamdulillah dah sampai ramadhan ke 26. masih diberi kekuatan berpuasa. alhamdulillah.
ok mari kita lunaskan entry ramadhan yang tertangguh untuk 6 hari 🙂

RAMADHAN DAY 20

20150707_185310

sebelum berangkat ke hong kong rabu lepas, ilham request ummi masak ayam yellow lagi. alahai tak sampai hati nak reject permintaan dia. jadi repeatlah ayam masak lemak cili api, kacang buncis goreng, mee rebus nek teh dan kuih lopes untuk berbuka. kuih lopes tu ummi yang nak makan. tapi kuihnya agak mengecewakan. tak berapa nak sedap 🙂

RAMADHAN DAY 21

prayer time zhuhai
alhamdulillah ramadhan ke 21 saya berbuka di zhuhai, china. waktu berbuka sana tak jauh beza dengan malaysia. time zone pun sama jadi tak ada masalah.

20150708_191748

oleh kerana malam ada dinner, jadi saya alas perut dengan air masak, kurma dan sebungkus kinder bueno saja. lepas maghrib kami keluar makan di muslim restaurant, zhuhai.

PhotoGrid_1436752089729

ini menu2nya, nasi goreng, lamb dumpling, chicken curry tapi makan tak curry yang penting sedap, mix vege, grilled lamb sedap gila, potato salad makanan tradisi cina, air tembikai. alhamdulillah kekenyangan. full entry nanti ya.

RAMADHAN DAY 22

20150709_191948

20150709_192025

panjang ceritanya, of course akan diceritakan dalam next entry. kami sempat berbuka dalam perjalan balik menuju ke zhuhai. berbuka ringkas mineral water dan twiggies tea cake capt nazer bagi. sampai zhuhai kami ke muslim restaurant lagi.

PhotoGrid_1436751956673

menu hari ni, mix vege (kali ni dua jenis) yang satu tu mushroom dan celery, mee goreng style diorang, roti ala2 pizza apa entah nama, lamb dumpling lagi, nasi goreng, daging masak ala2 kari macam semalam, lamb goreng dengan batang daun bawang putih tu apa entah nama dia, ayam goreng, air tembikai dan chinese tea. balik hotel dah senang perut dah kenyang hehehe.

RAMADHAN DAY 23

20150710_191728

oleh kerana flight kami nak balik ke singapore jam 8.25pm, dan kena ready 20 minutes before departure, maka kami berbuka ringkas ala2 musafir di aidilfitri hahaha. berbuka air mineral dan maggi hot cup jek lah. alas perut. dalam flight makan lagi nanti hehehe.

RAMADHAN DAY 24

20150711_191746

ramadhan ke 24 alhamdulillah dapat berbuka bersama2 family tercinta hehe. tapi ummi cuti masak. siang bantai tidur. petang babah tapau lauk pauk kat kedai makan je, nasi dan telur dadar je ummi masak. lauk beli, sup tulang, siakap stim limau, kailan ikan masin, sambal belacan dan air limau asam boi.

RAMADHAN DAY 25

20150712_191804

20150712_191814

kisah berbuka puasa semalam, kami berbuka puasa di restoran tanjung nelayan bersama2 orang kampung. tukang belanja contractor forest city. ummi dan anak2 tumpang sekaki. babah memang dapat jemputan untuk team2 KRT hehe. nasib baiklah sebahagian arrangement dari tok ayah. kalau tak malu juga nak join. makanan yang sempat dibedal, kambing golek yang yummy, roti john, nasi berlaukkan udang sambal, ayam goreng, sotong masak kunyit. air oren dan abc. semua makanan babah ilham yang ambil tu yang agak bercampur aduk sikit lauknya haha. hari ni insya Allah akan masak semula setelah bercuti berhari2. menu tengah difikirkan. yang penting menu ringkas tapi mengenyangkan.

Share this nice post:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Prev Post Next Post
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers: