Check Up SCOG di Hospital Sultanah Aminah

Pregnancy Info Pregnancy Journey

Check Up SCOG di Hospital Sultanah Aminah | Rabu lepas saya bercuti, ada check up SCOG kat Hospital Sultanah Aminah jumpa doktor pakar. Appointment pukul 8am, sampai pun cukup2 makan je pukul 8. Terus tuju ke Poliklinik HSA, tapi masa rasa macam blur tak tahu nak tuju mana. Malu bertanya sesat jalan kan. Jadi buat muka seposen tanya kat kaunter sementara tu En. Nazir pergi parking kereta. Nurse tu suruh tuju kaunter A. Saya pun menuju la dengan konfidennya. Yeahhhh sampai kaunter A, letak kad merah dalam bakul tunggu nama kena panggil. Orang dah ramai, dalam hati “pengsan la nak menunggu macam ni”. Bila nama dah kena panggil sila bayar RM5 dan sila mengencingkan diri ye. Nak buang air pun beratur sikit punya panajng. Ohh baru saya faham, kat sini tak ada istilah nurse yang tolong timbangkan, orang lab yang tolong checkkan result urine test.. no..no..no. Semuanya kena buat sendiri. Maklumlah first time katakan akak terkial2 juga la.

 

Bila dah buat urine test kena tunjuk kat nurse, kalau dia kata ok baru buang najis itu 😉 Lepas tu sila ikut giliran ambil tekanan darah. Ooppssss sebelum tu jangan lupa timbang dulu. Jangan jadi macam saya tak nampak mana duduknya si penimbang, lepas tu tanya dengan nurse muka dia muncung. OMG! Timbang naik sekilo sekarang sudah 65.5kg kuang2.

 

Lepas tu, sila masuk ke bilik scan hantar kad dan tunggu sehingga nama indah anda dipanggil. Masa ni En. Nazir dah tersengguk nun dihujung sana. Kesian pulak tengok, maklumlah dia kerja malam. Tengah2 melayan fb kat henpon chokia tiba2 nama saya dipanggil.. “Puan Hernee binti Samshudin”. Automatik terus terbangun dan menuju ke bilik scan. Alhamdulillah, baby semua ok, air ketuban, uri semua pun ok. Syukur sangat2. Lepas tu nurse arahkan letak kad merah kat bilik. Sekali tengah tunggu nama kena panggil lagi. Oh kena dengar briefing pasal penyusuan susu ibu pulak. Nurse suruh siapa yang ada suami ajak sekali. Maka En. Nazir pun join juga la. Briefing ringkas tambah2 ilmu dan nurse siap suruh sorang try teknik marmet. Insya’Allah nanti akan dipraktikkan kalau ada rezeki baby 🙂

Check Up SCOG di Hospital Sultanah Aminah

Settle briefing tu, tunggu turn semula untuk jumpa doktor. Berminit2 juga la nak tunggu turn saya kan sebab dah terlepas banyak nombor. Sekejapan lepas tu ‘ting tong’ Keluar nombor 28..fuhhh lega. Terus tuju bilik nombor 4. Masuk je doktor muda perempuan yang check. Alahai comel pulak tengok muka doktor ni, lemah lembut orang. Check2 tanya itu ini dah siap. Dia terangkan la based on report yang keluar masa scan tu.

 

Estimated Baby Weight = 2.188kg 🙂

Berat Omak Aeh = 65.5 kg 😉

Blood Pressure Sitting = 130/90

SFM = 33cm

New Estimated Due Date = 23/7/2011 😮 (apakah??? semakin kurang seminggu.. tak sabar nak jumpa Dr. Koh ni nak tengok EDD dia berubah ke tak)

Next Appointment (SCOG again..) = 6/7/2011 @ 9am

 

EDD sudah bertukar 23/7 instead of 30/7.. OMG! 😉

 

Sabar Hernee sabar.. tak lama lagi je tu. Hari ni masih setia bersama BSP. So far, pagi 0830hrs 3.9, masa 1130hrs tadi 3.3. Hmmm.. 1730hrs kang apa pulak resultnya.. Tunguuuuuuuuu.. Esok, macam biasalah pagi2 check in kat Klinik Kesihatan Gelang Patah. Yes, I’am the mayor now! 🙂

 

[Auto published]

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!