Sepagi Bersama Mama Jie di CBTL Caltex Nusa Sentral

Sepagi Bersama Mama Jie di CBTL Caltex Nusa Sentral | Lama plan nak lepak-lepak sebab dah lama sangat tak membawang bersama. Biasa last minute plan selalu jadi ekeke. So here we go!

Lepak Sambil Breakfast di CBTL

Asyiklah Ummi buat entry pasal CBTL ni ek, dah macam duta CBTL ni ekeke. Dato’ Ammar Syah sila ambil saya jadi duta CBTL ekeke.

Mama Jie datang sorang je tapi Ummi bawa seorang bodyguard. Abang-abang syok lagi membongkang kat rumah tak kan Ummi nak tinggalkan Syahid jaga abang-abang pulak kan hehehe. Jadi Ummi bawa lah dia sekali buat teman.

Ummi macam biasa order OTR Ice Americano, my all time favourite. Selain tu untuk breakfast Ummi order Baked Chicken Tenders 2 set dan Mama Jie order Pistachio Kunafa Croissant. Nanti Ummi review dua-dua ni. Baked Chicken Tenders tu dah banyak kali makan, memang sedap. Yang Pistachio Kunafa Croissan tu first time makan, sumpah sedap. Kenapa Ummi tak perasan dia ni sebelum ni ek hahaha.

Alhamdulillah sempatlah berborak dengan Mama Jie lebih kurang 2 jam. Syok sangat berbual sampai tak ingat nak snap gambar masa kat dalam CBTL hahaha. Over kan. Ehhh lepas tu dah habis borak baru terfikir, apesal la Ummi tak ajak gi outlet baru CBTL di Horizon Mall tu ek cissss. Baru nak FOMO ekeke.

Sambung Tapau Ayam Baker’s Cottage & Makan Aiskrim di Family Mart

Kalau datang area Caltex Nusa Sentral ni dugaan dia memang cukup besar, ada banyak kedai-kedai favourite gitu kan hahaha. Ummi tapaukan Abang Ilham dan Abang Syamil sekor ayam di Baker’s Cottage, sekotak egg tart favourite Babah, donut dan dorayaki untuk Syahid.

Lepas siap tapau pindah sebelah pula ke Family Mart, cari biskut chipsmore Syahid dan set nasi bulgogi tu. Mak ko malas masak kan hahaha.

Barulah teringat nak bergambar kan hahaha. Abaikan si Syahid tu haaa apa pesen entah hahaha.

Thanks Mama Jie belanja kami aiskrim, Ummi dan Mama Jie makan White Coffee Sofuto dan Syahid makan Cookies & Cream Sofuto. Lepas habis makan aiskrim kami pun balik lah ke rumah masing-masing. Dalam masa yang sama, plan nak dinner sama-sama anak beranak kat Aroi Thai ekeke.

Alhamdulillah plan berjalan lancar malamnya. Babah balik kerja terus ke Aroi Thai. Makan-makan, borak-borak sampai pukul 11pm. Tapi sampai ke sudah sekeping gambar pun tak disnap nya. Demikianlah cerita kami. Okbai!

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *