Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026: Penyusuan Susu Ibu Sebagai Asas Kehidupan Lestari

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026: Penyusuan Susu Ibu Sebagai Asas Kehidupan Lestari | Setiap tahun, 1 hingga 7 Ogos disambut sebagai Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penyusuan susu ibu kepada bayi, ibu, keluarga dan masyarakat. Tema tahun 2026, “Penyusuan Susu Ibu Sebagai Asas Kehidupan Lestari: Perkukuhkan Amalan Yang Berkesan”, menekankan bahawa penyusuan bukan sekadar memberi makanan kepada bayi, malah menjadi asas kepada kesihatan, keselamatan makanan, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan ekonomi. Dengan sokongan daripada semua pihak, amalan penyusuan susu ibu mampu melahirkan generasi yang lebih sihat serta masa depan yang lebih mampan.

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026: Penyusuan Susu Ibu Sebagai Asas Kehidupan Lestari

Tema Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026

“Penyusuan Susu Ibu Sebagai Asas Kehidupan Lestari: Perkukuhkan Amalan Yang Berkesan.”

Penyusuan bukan sekadar pemakanan. Menjadi asas kepada keselamatan makanan. Membantu mengurangkan kemiskinan. Menyokong kesaksamaan ekonomi negara.

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2026: Penyusuan Susu Ibu Sebagai Asas Kehidupan Lestari

Impak Penyusuan Susu Ibu Kepada Kesejahteraan

  • Menyelamatkan Nyawa dan Kesihatan
  • Membantu menyelamatkan nyawa bayi dan ibu.
  • Menjamin kesihatan sepanjang hayat.
  • Pemangkin Ekuiti Ekonomi
  • Sumber pemakanan yang berkos rendah.
  • Mudah diperoleh dan tersedia secara tempatan.
  • Mengurangkan beban kewangan keluarga.
  • Kelestarian dan Keselamatan Makanan
  • Menyumbang kepada pengurangan kemiskinan.
  • Menjamin sumber makanan yang lestari.
  • Menyokong keselamatan makanan global.
  • Melindungi, Mempromosi dan Menyokong
  • Memperkukuhkan dasar dan sokongan penyusuan.
  • Mempromosikan amalan penyusuan terbaik.
  • Memberi sokongan kepada ibu dan keluarga di setiap peringkat.
  • Menjamin Nutrisi Optimum
  • Menyediakan nutrisi terbaik kepada bayi.
  • Menjamin keselamatan makanan global.
  • Menyokong generasi kini dan masa hadapan.

Nilai Yang Dibawa Melalui Penyusuan Susu Ibu

  • Sihat – Ibu dan bayi lebih sihat serta menikmati kualiti hidup yang lebih baik.
  • Adil – Setiap ibu dan bayi berhak mendapat peluang yang sama.
  • Lestari – Membantu memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.
  • Makmur – Mewujudkan masyarakat yang lebih sihat dan ekonomi negara yang lebih kukuh.

Penutup

Penyusuan susu ibu merupakan satu pelaburan jangka panjang yang memberi manfaat besar kepada bayi, ibu, keluarga dan negara. Dengan kerjasama masyarakat, majikan, petugas kesihatan serta ahli keluarga, lebih ramai ibu dapat meneruskan penyusuan susu ibu dengan yakin dan berjaya. Marilah kita bersama-sama menyokong, melindungi dan mengamalkan penyusuan susu ibu demi melahirkan generasi yang lebih sihat, memperkukuhkan ekonomi, memelihara alam sekitar serta membina masa depan yang lebih lestari untuk semua.

Kredit info: Unit Pemakanan PKD Johor Bahru

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *