
Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ) Tahun 2027 | Makluman untuk ibu bapa atau anak-anak yang ingin membuat permohonan ke SMANJ Tahun 2027. Boleh mula membuat permohonan bermula 29 Julai 2026 hingga 8 September 2026.
Tarikh Permohonan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ) Tahun 2027
Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada Rabu – 29 Julai 2026 (2 petang) dan akan ditutup pada Rabu – 8 September 2026 (5 petang)
Syarat Asas Permohonan Tingkatan 1 SMANJ
- Warganegara Malaysia.
- Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
- Terhad kepada calon lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.
Dokumen Yang Diperlukan
- Keputusan Peperiksaan UPKK
- Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)/Setara
- Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5 SAKJ
- Angka Giliran Peperiksaan SDEA 2026 – 𝒌𝒍𝒊𝒌 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏 ( https://esdea.bpijainj.my )
- Keputusan PAJSK Tahun 5 Sesi 2025 Untuk maklumat lanjut, sila layari
Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ)
𝗠𝗮𝗮𝗵𝗮𝗱 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 (𝗠𝗝), 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗿𝘂 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 Maahad Johor
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama dan Perakaunan KPM
Menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
Ditawarkan kepada murid lelaki dan perempuan
Turut menawarkan pengajian di peringkat STAM
𝗠𝗮𝗮𝗵𝗮𝗱 𝗧𝗮𝗵𝗳𝗶𝘇 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 (𝗠𝗧𝗡𝗝), 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗕𝗮𝗵𝗿𝘂 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 Maahad Johor
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz KPM (Hafazan Al Quran sepenuhnya 30 juz dalam tempoh 5 tahun)
Khas untuk murid lelaki sahaja
𝗦𝗠𝗔 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿, 𝗞𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 (𝗦𝗠𝗔𝗞𝗝) Sek Men Agama Kerajaan Johor (Smakj), Kluang, Johor
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
Turut menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
𝗠𝗮𝗮𝗵𝗮𝗱 𝗣𝗼𝗻𝘁𝗶𝗮𝗻, 𝗣𝗼𝗻𝘁𝗶𝗮𝗻 (𝗠𝗣) Sekolah Maahad Pontian
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
𝗦𝗠𝗔 𝗣𝗮𝗿𝗶𝘁 𝗥𝗮𝗷𝗮, 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝗮𝗵𝗮𝘁 (𝗦𝗠𝗔𝗣𝗥) Sekolah Menengah Agama Parit Raja(SMAPR)
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama Perdagangan dan Perakaunan KPM
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
𝗦𝗠𝗔 𝗕𝘂𝗴𝗶𝘀𝗶𝗮𝗵, 𝗧𝗮𝗺𝗽𝗼𝗸 𝗣𝗼𝗻𝘁𝗶𝗮𝗻 (SMABU) Sma Bugisiah Sek Amanah – Rasmi
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama KPM
Menawarkan Program hafazan Al Quran 13 juz dalam tempoh 5 tahun bagi murid terpilih
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM
Maklumat Berkaitan Ujian Kelayakan Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMANJ)
Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;
Ujian Secara Dalam Talian
- dijalankan selama 1 jam.
- merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.
Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM)
- Ujian IPM ini akan dijalankan selama 30 minit.
Ujian Lisan
- Bacaan surah al Fatihah
- Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
- Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.
Maklumat lanjut sila rujuk JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (JAINJ)
p/s Insha Allah niat Ummi nak cuba apply kan Ilham Syahid ke Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Johor bila sampai masanya nanti.
![]()