
Wordless Wednesday – Lianyungang Old Street, Jiangsu Province China | Kalau korang suka tempat yang ada vibe klasik dan penuh sejarah, Lianyungang Old Street memang wajib singgah!
Lianyungang Old Street
Terletak di Daerah Lianyun, Jiangsu, jalan lama yang menghadap laut ini mula dibangunkan pada tahun 1933 selepas pembukaan Pelabuhan Lianyungang. Apa yang menarik, deretan bangunannya masih mengekalkan seni bina era Republik China dengan gabungan elemen Timur dan Barat, menjadikan suasananya cukup unik dan fotogenik.
Selain kaya dengan nilai sejarah, kawasan ini juga menggambarkan identiti Lianyungang sebagai bandar yang dikelilingi gunung dan laut. Yang paling best, masuk adalah percuma dan korang boleh berjalan-jalan di sini pada bila-bila masa kerana ia dibuka 24 jam sehari.
Lokasi Lianyungang Old Street
Alamat: 79 Zhongshan E Rd, Lianyun District, Lianyungang, Jiangsu, China, 222046
Baca juga: Travel Ke China Pertama Kali? Ini 20 Tips Penting Yang Ramai Tak Tahu (2026)
Wordless Wednesday – Lianyungang Old Street, Jiangsu Province China
![]()