Lepas dah hilang arah kat Mall of Medini, kami ke sini.
Tengoklah hero-hero tu tinggalkan Ummi kat belakang. Semua berebut nak pimpin dengan Babah. Yeay! Ummi boleh lenggang kangkung.
Naik atas kat stage tak ada apa-apa aktiviti. Budak ni dari jauh nampak ada jual lego, jadi Ummi ajak bergambar dia rela hati posing hehehe. Nampak permainan dia.
Ini antara list aktivitinya. Masa kami sampai tu yang ada cuma bazar.
Nampak tak mana tempat yang dia berdua nak tuju.
Haaaaa.. nasib Babah la kena pow dengan anak-anak kat sini. Ummi tukang acah-acah melarang je hahaha.
Jalan ke depan sikit Babah duk test kan spec kat mamat sorang ni. rambqua;Ummi suruh hold dulu nak snap gambar. Nampak tak tu, dia nak cabut spec sampai Babah tukang pegang tangan hahaha. Sorry eh adik, Ummi geram tengok muka adik pakai spec hahaha.
Rasa macam tak berapa nak syok terpusing-pusing 3 beranak. Jadi kami masuk Petronas StreetSmart walaupun dah pernah bawa budak-budak ni masa awal-awal pembukaan hari tu. Boleh baca entri INI.
Sambung next entry. Ehhhh.. pergi area Puteri Harbour je dah dapat 4 entry ok. Masa untuk mengembalikan mood blogging Ummi. Chaiyok2!