Breakfast di Yay Restoran For Today, Paya Redan, Pagoh | Sambungan cerita 3 Hari 2 Malam di Pagoh, Muar & Batu Pahat. Selepas early check-out dan hantar Babah ke UTHM Pagoh, kami singgah sarapan di Yay For Today, Paya Redan, Pagoh. Ini pun suggestion Aunty Ita, tapi memang dah ada dalam list Ummi juga.
Port Makan Sedap di Pagoh, Muar

Satu lagi port makan yang sedap dan berbaloi untuk korang terjah sekiranya berada di sekitar Pagoh, Muar. Dekorasi restorannya cantik dan mendamaikan dengan pepokok menghijau, masuk je semerbak bau wangi. Makanannya pula sedap-sedap belaka. Almaklumlah, Ummi ni kan mak pokok, jadi pantang la tengok pokok-pokok menghijau, memang berangan la kejap hehehe.


Mula-mula berempat, beberapa minit kemudian tambah lagi sorang Aunty Tata hehehe. Sebelum dia gerak balik KL, sempatlah Ummi hasut dia join kitorang breakfast hehehe.
Breakfast di Restoran Yay For Today, Paya Redan, Pagoh
Antara Menu Menarik di Restoran Yay For Today



Kami order Ice Cafe Latte, Matcha Latte & Sparkling Mango. Ummi dan Syahid order air kosong je hehehe.





Kami makan Lontong Telur, Lontong Kering Daging, Lontong Kering Paru Berlado, Lempeng & Nasi Ayam Gepuk. So far menu-menu yang kami order ni sedap-sedap belaka ok.
Ummi makan Lontong Kering Paru Berlado, memang sedappppp. Favourite Ummi paru berlado tu hehehe. Rasa ngam semua. Syahid makan lempeng, tak pernah dia order lempeng tau banyak dia makan. Sambal tumis lempeng tu sedap gila ok.Taip sambil telan air liur ni hahaha. Aunty Tata makan Lontong Kering Daging sedap gak. Ehhh semua Ummi test tau. Lontong Telur tu Syamil yang makan, sedap cukup rasa kuahnya. Abang Ilham macam biasalah Gen Z, Ayam Gepuk for Life hahaha.
Banyak pilihan makanan lain Lemak Salai, Asam Pedas, English Breakfast, Nasi Lemak dan banyak lagi. Dessert pun banyak ok. Next time sampai sini lagi boleh try. Kita cuba menu lain pula ya hehehe.
Dekorasi Menarik & Estetik



Macam yang Ummi cakap kat atas tu, Ummi memang berkenan betul tengok dekorasi restoran ni tau. Serious memang vibes tenang dan santai. Rasa nak stay lama-lama je hehehe. Tapi apakan daya, ada destinasi lain yang nak dituju hehehe.
Nah, korang boleh view VTT Ummi kat bawah ni ya, jangan lupa LIKE, REPOST & SHARE ya.
@herneenazir Satu lagi port makan yang kami terjah. Dekorasi restorannya cantik dan mendamaikan dengan pepokok menghijau, bau wangi je. Makanannya pula sedap-sedap belaka. Kami makan Lontong Telur, Lontong Kering Daging, Lontong Kering Paru Berlado, Lempeng & Nasi Ayam Gepuk. Air pulak Ice Cafe Latte, Matcha Latte & Sparkling Mango. Banyak pilihan makanan lain Lemak Salai, Asam Pedas, Engliah Breakfast, Nasi Lemak dan banyak lagi. Next time sampai sini lagi boleh try. YAY FOR TODAY@ꌩꍏꌩ ꎇꂦꋪ ꓄ꂦꀸꍏꌩ 📍Lot 258, Jalan Pagoh – Bukit Kepong, Paya Redan, Pagoh, 84600 Muar, Johor. ⏰ Khamis – Selasa 8.00am – 4.00pm Rabu – Tutup Contact No: 013-309 8489 #YayForToday #fyp #westernfood #localfood #makanjohor ♬ Kabut Senja – Aruna Vale
RESTORAN YAY FOR TODAY PAYA REDAN, PAGOH
Alamat: Lot 258, Jalan Pagoh – Bukit Kepong, Paya Redan, Pagoh, 84600 Muar, Johor.
Waktu Perniagaan: Khamis – Selasa 8.00am – 4.00pm
Rabu – Tutup
Contact No: 013-309 8489
Instagram: YAY FOR TODAY (@yayfortoday_payaredan)
![]()