MINILAND Sultan Ibrahim Stadium Kini Jadi Tarikan Baharu di LEGOLAND Malaysia

MINILAND Sultan Ibrahim Stadium Kini Jadi Tarikan Baharu di LEGOLAND Malaysia | Kalau selama ini kita kenal Sultan Ibrahim Stadium sebagai stadium kebanggaan Johor dan rumah kepada JDT, kini ikon bola sepak Johor ini boleh pula kita lihat dalam versi yang cukup unik di LEGOLAND Malaysia Resort!

MINILAND Sultan Ibrahim Stadium Kini Jadi Tarikan Baharu di LEGOLAND Malaysia

Perasmian MINILAND Sultan Ibrahim Stadium di LEGOLAND® Malaysia

Ummi dan The Ilham berkesempatan menghadiri majlis perasmian MINILAND Sultan Ibrahim Stadium, pada hari Ahad yang lepas 16 Ogos 2026. Ianya satu hasil kolaborasi menarik antara LEGOLAND Malaysia Resort dan JDT. Dibina menggunakan sebanyak 400,000 LEGO bricks, replika stadium ikonik ini bukan sahaja mencuri perhatian peminat bola sepak, malah menjadi satu lagi tarikan baharu yang menarik untuk diterokai oleh pengunjung LEGOLAND Malaysia.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan P. Pannir Selvam A/L Paliksina, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor.

Turut hadir sama ialah Alistair Edwards, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Teknikal kelab bola sepak JDT, Cheng Sing Lim, Timbalan Presiden Legoland Malaysia Resort, En. Darhim Dali Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Destination Resorts and Hotels (DRH), Puan Nurazlin binti Abu Talib, Pengarah MOTAC serta En. Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Pengarah Tourism Johor.

Binaan LEGO MINILAND Sultan Ibrahim Stadium

Dengan binaan LEGO yang cukup detail, lengkap dengan lampu yang menarik dan suasana aksi perlawanan, MINILAND Sultan Ibrahim Stadium ini memang berjaya membawa kemeriahan serta semangat bola sepak Johor dalam versi mini.

Korang boleh tengoklah gambar-gambar yang Ummi share ni ya. Memang rasa amazing gila, camanalah tekunnya diorang membina stadium ni. Fuhhhh.. tak tercapai dek akal. Kreatif betul!

JDT – Home of Southern Tigers

Ketibaan TMJ hehehe..

Boys of Straits (BOS) Performance

Korang kena tekan button untuk tengok lego minifigures tu sedang beraksi menendang bola masuk ke gawang gol. Golalkeeper pun kemain beraksi lagi ok. Penonton-penonton pun siap bergerak-gerak menyokong manakala BOS bersorak meraikan player hehehe. Comel betul.

Gambar Kenganan Kami

Babah terpaksa ditinggalkan, sebab beliau kerja malam perlu rehat yang mencukupi hehehe. Jadi Ummi hanya bertemankan tiga oang bodyguards yang tak pernah jemu dengan Legoland.

Sempat bergambar dengan SIs Lin dan Juju je kat sini.

Sempat juga The Ilham bergambar dengan Mr. CS Lim yang sangat2 friendly dari Ilham kecil sampai tinggi dari uncle hahaha.

Last but not least, gambar budak berangan naik ferrari.

Jangan Lupa Singgah ke MINILAND Sultan Ibrahim Stadium

Kalau korang datang ke LEGOLAND Malaysia nanti, jangan lupa singgah ke MINILAND Sultan Ibrahim Stadium. Boleh tengok sendiri betapa detailnya replika stadium ini dan abadikan momen dengan stadium bola sepak kebanggaan Johor dalam dunia LEGO!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web LEGOLAND Malaysia Resort atau kunjungi Facebook dan Instagram rasmi LEGOLAND Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara serta tiket.

@herneenazir 🔥⚽ MINILAND SULTAN IBRAHIM STADIUM KINI DI LEGOLAND MALAYSIA RESORT 🔥⚽ Kini LEGOLAND Malaysia Resort & JDT bergabung meraikan semangat kesukanan Johor dalam dunia LEGO. Stadium Sultan Ibrahim versi LEGO diperbuat daripada 400,000 blok LEGO dan mengambil masa sebanyak 5,200 jam untik disiapkan. Cantik sangat! Korang kena datang dan saksikan sendiri ok! #LEGOLANDMalaysia #MINILAND #SultanIbrahimStadium #JDT #JohorPride @LEGOLANDMalaysiaOfficial ♬ original sound – rhythm and melody

Baca: LEGOLAND® Malaysia Brings Johor’s Football Pride to Life with New MINILAND Sultan Ibrahim Stadium 

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *