Sedapnya Makan Malam Renaissance Kitchen Dinner Buffet | Jaranglah tak sedap sajian dari dapur Cafe BLD ni. Dah lama tak memanjakan tekak, jadi kita bawaklah hero kita makan sempena promosi RENAISSANCE KITCHEN DINNER BUFFET @renaissancejohorbahru Dah lama weh tak makan kat sini, memang terbayang-bayang kesedapan menunya. Yang lagi best sambil-sambil gathering dengan geng JDT Blogger. Sambil-sambil dengar cerita “Kakak Baju Purple” yang viral membantu wanita bersalin di tepi jalan.


Sajian Renaissance Kitchen Dinner Buffet






Ada pelbagai sajian pilihan dari masakan Melayu, Cina, India, Jepun, Western yang memang dijamin sedap. Banyak pilihan dari appetizer, main course sampailah ke dessert sedap² belaka. Dah rasa macam buffet Ramadhan tau dia punya meriah sajiannya hehehe.
Highlighted Menu






Antara higlighted menu yang korang kena cuba antaranya Nasi Kandar Udang Galah, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Aneka Laksa, Beef Asam Pedas Risotto, Nasi Beriani Buluh, Seafood on ice dan Aneka Kerabu.






Terdapat juga Aneka Sushi mengikut citarasa orang Malaysia seperti Laksa Onigiri, Nasi Lemak Rice Ball, Sushi Nasi Kerabu, Kimchi, Chuka Hotate dan lain². Jangan lupa singgah di stall² di bahagian luar antaranya ada durian goreng, pisang goreng, beef burger, chicken burger, roti john, BBQ dan aneka mee.



Jangan lupa makan durian goreng, aneka kuih-muih tradisioanl dan moden. Dijamin korang puas hati. Apa lagi ajaklah kawan² gathering sambil makan² tak pun korang boleh je celebrate birthday kat sini. Selamat menjamu selera!
Sedapnya Makan Malam Renaissance Kitchen Dinner Buffet

Raw salmon. My all time favourite!
Renaissance Kitchen Dinner Buffet [Aug ~ Sep]
Hari: Jumaat & Sabtu
Masa: 6:30pm – 10:00pm
Harga Buffet:
Dewasa RM188 nett
Kanak-kanak 94 nett (6 – 12 tahun)
Diskaun 35% untuk ahli Club Renaissance Johor Bahru
Hubungi: +6017-7713327
Link: bit.ly/7RoomsCafeBLD
Website: cafebld.com
![]()
