Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H/ 2025M

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H/ 2025M | Alhamdulillah masih dipanjangkan usia dapat lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Tahun ni Babah dapat cuti di hari raya pertama hingga ketiga, disambung pula off day dua hari. Ummi macam biasa selagi dapat tambah cuti raya, Umi pulun la cuti hehehe.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H/ 2025M

Dikesempatan ini, Ummi ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai ada tulisan yang mengguris hati semua. Minta dihalalkan segala yang termakan dan terminum. Jemput datang beraya ke teratak kami.

Tema Warna Baju Raya 2025

Tahun ni, kami memilih untuk pakai baju raya bertemakan warna “Twilight Lavender”. Masih memilih warna soft gitu untuk hari raya pertama. Untuk hari raya kedua macam biasa, hero-hero berkurta KACAX, dan piliha warna untuk tahun ni “merah mak ngah”. Korang boleh tengok baju raya kami sepanjang menjalani sesi Photoshoot Raya 2025 di The Empire Studio.

Untuk tempahan slot Photo Studio Raya di The Empire Studio, boleh whatsapp ke nombor di bawah:

www.wasap.my/60137008889/StudioRaya25

Gambar Raya 1 Syawal 1446H di Rooma.Ilham

Inilah gambar pagi raya 1 Syawal 1446H kami lima beranak. Lepas Babah dan Tiga Abdul balik dari masjid, kami siap-siap untuk bermaafan dan berposing di ruang tamu dengan bantuan tripod hehehe. Then lepas tu kami menziarah kubur Tok Ayah, Nenek, Ilham Syakir dan kaum keluarga yang telah meninggalkan kami. Lepas Zohor kami bertolak balik ke Parit Jabar, Senggarang.

Menu Hari Raya Aidilfitri 2025

Oleh kerana kami beraya di rumah sendiri dulu, jadi Ummi macam biasalah masak sendiri kat rumah. Nenek balik kampung di Terengganu, Mommy Ngah dan Mama Cu balik rumah mertua masing-masing, jadi Ummi masak untuk family sendiri, untuk staff Babah dan bekalan untuk bawa balik ke Senggarang.

Menu Ummi tak meriah mana, cukuplah Nasi Impit, Kambing Kuzi, Ayam Masak Merah dan Lodeh. Menu ni memang menu wajib ada ya, kalau tak ada tu macam tak complete gitu kan hehehe. Alhamdulillah anak-anak pun suka.

Itulah sedikit sebanyak cerita raya kami di 1 Syawal 1446H. Till then, selamat berhari raya korang!

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

2 Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri kak Hernee sekeluarga. Maaf Salah Silap sepanjang perkenalan kita yee..

    Semoga panjang usia kita ke Ramadan Dan Syawal seterusnya. Aamin ya Rabb!

    Take care!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *